Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kas] | برکس

Definisi : ikatan atau susunan (kayu api, lidi, surat, dll): membeli beberapa ~ kayu api; ~ pembuluh gabungan saluran yg mengalirkan bahan makanan ke seluruh bahagian tumbuhan; memberkas 1. mengikat menjadi satu ikatan: tebu itu diberkas dlm ikatan sepuluh-sepuluh; 2. ki menangkap, menahan: perintah dikeluarkan supaya orang itu dihendap dan diberkas;memberkaskan mengikatkan: basikal kami diberkaskan di belakang motokar;terberkas terikat dlm satu ikatan, tergabung;pemberkasan 1. perbuatan memberkas (mengikat); 2. perbuatan memberkas (menangkap, menahan, dsb), penangkapan: dlm ~ ini, terlibat juga beberapa ahli parlimen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kas] | برکس

Definisi : sj ikan laut, cupak, Caranx sexfasciatus, Caranx ignobilis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kas] | برکس

Definisi : ikatan beberapa benda, spt kayu api; kumpulan beberapa benda dlm satu ikatan: Ketika kembali dr ladang, ia membawa se~ kayu api. memberkas 1 mengikat beberapa benda dlm satu ikatan: Ia ~ tebu itu sepuluh-sepuluh setiap ikatan. 2 ki menahan orang(-orang) yg disyaki bersalah; menangkap: Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intermediate plexuspleksus perantaraanPerubatanTiadaAnastomosis berkas-berkas fiber utama ligamen periodontium di antara gigi dan tulang.
fascicular cambiumkambium fasikelBotaniTiadaJaluran kambium yang tumbuh di antara tisu xilem dengan floem dalam berkas-berkas vaskular kolateral. Sinonim kambium intrafasikel.
bundle sheathselaput berkasBotaniTiadaLapisan sel yang mengelilingi berkas vaskular dalam daun dan sesetengah batang tumbuhan. Selaput berkas biasanya terdiri daripada sel parenkima dan kadangkala boleh juga terdiri daripada se; sklerenkima. Dari segi fisiologi, selaput berkas membantu mengurangkan kehilangan air dan bertindak sebagai lapisan pemisah antara berkas dengan tisu lain. Dalam sesetengah spesies, sel ini mengandungi kloroplas daripada jenis yang terlibat dengan metabolisme Kranz.
concentric bundleberkas sepusatBotaniTiadaBerkas vaskular yang floem atau xilemnya mengelilingi salah satu di antaranya. Berkas ini dinamakan amfikribal apabila floem mengelilingi xilem, dan amfivasal apabila xilem mengelilingi floem. Apabila dibuat keratan rentas, berkas ini menunjukkan susunan sepusat.
flax fibre bundlesberkas gentian flaks/berkas serat flaksKesenianTiadaTiada
vascular bundleberkas vaskularBotaniTiadaJaluran tisu vaskular yang terdiri daripada xilem dan floem, yang terdapat dalam tumbuhan vaskular. Kadangkala, di antara xilem dengan vloem terdapat kambium. Biasanya, jaluran ini dikelilingi oleh selaput berkas. Susunan xilem dan floem pada berkas ini dapat menentukan jenis berkas sama ada kolateral, bikolateral atau sepusat. Sinonim tisu vaskular.
atrioventricular bundleberkas atrioventrikelBiologiHistologi dan SitologiBerkas otot kardia terubahsuai yang merentang dari buku atrioventrikel atrium kanan ke ventrikel kanan dan kiri melalui septum, dan berfungsi mengalirkan rangsangan dari atrium kanan ke ventrikel bagi mengawal denyutan normal jantung. berkas His.
bundle sheathBerkas seludangPertanianAgronomi

Lapisan sel yang mengelilingi saluran xilem dan floem yang melindungi tisu tersebut daripada kecederaan. Sel berkas seludang disusun padat dan mengandungi fiber yang memberi kekuatan kepada tisu xilem dan floem. Di sesetengah tumbuhan berkas seludang dalam daun terdiri dari sel parenkima yang berfungsi membawa glukos dari sel sekeliling dan mengangkutnya ke floem.

bundle sheathselaput berkasBiologiHistologi dan SitologiSelaput yang terdiri daripada tisu parenkima atau sklerenkima yang biasanya setebal satu sel, dan mengelilingi berkas vaskular daun angiosperma. Sel yang membentuk selaput ini tersusun kejap dan berfungsi sebagai penyalur air dan larutan daripada berkas vaskular ke tisu di sekitarnya. Selaput ini mungkin mengandungi kloroplas dan pada rumput tropika, dipercayai berkait rapat dengan proses penyimpanan kanji.
bundleberkasPerubatanTiada2. Berkas: Satu kumpulan serat saraf yang terletak berdekatan antara satu sama lain dan menjalar pada arah yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas