Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.ta] | برکات

Definisi : mengeluarkan apa yg terfikir dgn kata-kata, mengeluarkan kata-kata, bertutur: maka Hanuman pun ~, “Ya Tuanku maharesi ...”; ada Doris ~ benar spt apa yg telah dikatakannya kepadaku; ~ dua mengeluar­kan perkataan yg berlainan drpd maksud yg sebenarnya; ~ siang melihat-lihat, ~ malam mendengar-dengar prb, Mn kalau hendak membicarakan sesuatu, baiklah berhati-hati; sudah ~ satu prb tidak berubah drpd yg telah diucapkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.ta] | برکات

Definisi : mengeluarkan fikiran (pendapat dll) dgn (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Jong-jong muka pintu,
     Hendak belayar hutan seberang;
Jangan Mak Jah berkata begitu,
     Bunyinya malu di depan orang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Bercakap memandang-mandang,
     silap lidah jiwa hilang.

Bermaksud :

Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati. (Bandingkan dengan: Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).

 

Lihat selanjutnya...(33)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
تدليس السكوتtadlīs sukūtAgama IslamHadithPerawi yang menggunakan lafaz yang jelas yang diterima daripada gurunya seperti حدثنا dan سمعت kemudian dia diam, selepas itu berkata, “Sipulan berkata …”
قالberkataAgama IslamHadith1. Lafaz penyampaian yang boleh difahamkan sabit mendengar daripada guru jika lafaz itu disebut oleh perawi yang sabit pertemuan di antara keduanya. 2. Lafaz yang digunakan untuk meriwayatkan Ḥadīth.
ijabijab/tawaranPerniagaan IslamTiadaUngkapan pemilik produk yang bertujuan membentuk akad. Ijab boleh dilakukan melalui ucapan, tulisan, isyarat serta sebarang perbuatan mengikut uruf. Contohnya, penjual berkata "Saya jual produk ini dengan harga RM100", dan pembeli menjawab "Saya beli". Mengikut mazhab Hanafi, ijab boleh juga diucapkan oleh pembeli. Contohnya, pembeli berkata "Saya ingin membeli produk ini dengan harga RM90" dan penjual menjawab "Saya setuju menjualnya".
wakalah bi shartpewakilan bersyaratPerniagaan IslamTiadaAkad yang memberi kuasa kepada individu atau organisasi untuk menjalankan sebarang urusan, tertakluk kepada syarat tertentu. Contohnya, A berkata kepada B "Sekiranya saya pergi menunaikan haji pada tahun ini, maka saya akan melantik awak menjadi wakil saya dalam penjualan barangan ini". B menjawab: "Saya menerimanya". Menurut mazhab Hanafi dan Hambali, wakalah bi shart diharuskan atas dasar keperluan. Mazhab Syafii mengatakan pewakilan adalah sah dan berkuat kuasa segera, walaupun pelaksanaan kerja akan tertakluk kepada syarat yang jelas. Contohnya, A berkata kepada B: "Mulai sekarang saya mewakilkan awak menjual tanah saya ini, tetapi bermula awal bulan hadapan". B menjawab: "Saya bersetuju". Walaupun bersyarat, pewakilan ini adalah sah dan berkuat kuasa segera.
تعليق الطلاقtalak bertaklikAgama IslamFiqhTalak yang dikaitkan kepada sesuatu perkara. Contohnya, suami berkata kepada isterinya, " Sekiranya keluar dari rumah gugulah satu talak". Talak akan jatuh sekiranya si isteri keluar dari rumah.
kafalah munajjazahjaminan segeraPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang berkuat kuasa dengan segera. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Saya menjamin sekarang juga hutang A yang telah anda berikan kepadanya". Hutang tersebut boleh dituntut daripada penjamin pada masa itu juga kerana tidak dinyatakan tempoh dan syarat.
qabulpenerimaanPerniagaan IslamTiadaUngkapan pembeli barangan bertujuan membentuk akad. Contohnya, dalam jual beli, pembeli berkata “Saya beli”. Selain lafaz, qabul juga boleh dilakukan dalam bentuk lain seperti pembayaran wang, penerimaan produk, bertulis atau secara isyarat. Walau bagaimanapun, mazhab Syafii mensyaratkan qabul dilafazkan secara lisan. Banding ijab.
تدليس الاستدراكtadlīs istidrākAgama IslamHadithPerawi yang menyebut Ḥadīth daripada seorang guru dan dia berkata “Ḥadīth itu bukan guru itu yang menyebutkannya tetapi disebut oleh guru lain”, dan ia menyebutkan namanya dengan menggunakan lafaz yang seolah-olah ia telah mendengar Ḥadīth daripadanya.
تدليس التوريةtadlīs tawriyatAgama IslamHadithPerawi yang membaca Ḥadīth yang didengar daripada gurunya, kemudian berkata, “Aku telah mendengarnya … .” Perkataan “nya” di situ bermaksud Ḥadīth yang lain.
ida‘penitipanPerniagaan IslamTiadaProses oleh pemilik barang yang memberi kuasa penjagaan sementara kepada pihak lain. Contohnya, A berkata “Saya titipkan barang supaya awak menjaganya” dan B menjawab “Saya menerimanya”.
123

Kembali ke atas