Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.a.da.an] | برکأداءن

Definisi : (berada) dlm keadaan (ke­dudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.a.da.an] | برکأداءن

Definisi : berada dlm keadaan: Perabot dan barang-barang dlm rumah itu ~ baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkeadaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong jelaskan perbezaan antara "bagus" dengan "baik". Adakah penggunaan kedua-dua perkataan itu turut berlainan? Sila jelaskan. Terima kasih.Bagus dan baik sama sahaja maksudnya, berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati.Makna26.05.2010
Disiplin dan menepati masa merupakan dua faktor yang boleh menjadikan kerja seseorang itu bagus. MUNSYI, ADAKAH BAGUS SALAH DALAM AYAT INI? APAKAH KATA SESUAI DIGANTIKAN?Bagus bermaksud berkeadaan atau bersifat baik dan tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang sesuai ialah baik, teratur dan sebagainya.Tatabahasa15.04.2012
Ramalan cuaca menerangkan bahawa cuaca di kebanyakan nnegeri-negeri di Malaysia dilaporkan baik. Betulkah ayat ini ??Ayat yang betul ialah " Agensi ramalan cuaca menyatakan bahawa cuaca di kebanyakan negeri di Malaysia berkeadaan baik."Tatabahasa16.07.2013
apakah maksud pencapaian yang bagus?Sila jelaskan dalam konteks apa ayat ini digunakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pencapaian bermakna apa yg telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi. Bagus pula ialah berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati, sangat baik.Makna19.09.2008
salam.. maaf bertanya, ada tak definisi operasional serta kenyataan tokoh mengenai: 1. Kata Nama Khas 2. Huruf Besar Awal Ayat 3. Huruf Besar Kata Nama Khas 4. Huruf Awal AyatDalam Kamus Dewan Edisi Empat, operasional ditakrifkan sebagai 1. berkaitan dengan operasi: strategi dan program yang ~; 2. berkeadaan baik dan sedia untuk digunakan. 2. Tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan dan buku Gaya Dewan mengenai penggunaan huruf besar. Selain itu, tuan boleh merujuk majalah Dewan Bahasa keluaran Mei 2012 untuk rujukan penggunaan huruf besar oleh Zaidi Ismail.Ejaan13.09.2013
apakah defini konseptual dan operasional
  •  Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ke-4, konséptual   berkaitan dgn (mengenai) konsep, berasaskan konsep: para penonton juga dapat mengkaji persamaan dan perbezaan dlm idea-idea ~ serta gaya olahannya. manakala operasioanl 1. berkaitan dgn operasi: strategi dan program yg ~; 2. berkeadaan baik dan sedia utk digunakan.
  • Makna10.01.2008
    Antara berikut ayat tanya manakah yang betul? 1. Mengapakah cikgu menghiaskan bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang? (Atau) 2. Mengapakah cikgu menghiasi bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang? Apakah perbezaan antara menghiaskan dan menghiasi? Terima kasih.Ayat 1. Mengapakah cikgu menghiaskan bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Dalam ayat ini, kata kerja transitif ((KKT), iaitu kata kerja yang memerlukan objek ialah menghiaskan, iaitu berakhiran dengan “kan” dan objeknya ialah  “bilik darjah”.  Jika KKT berakhiran “kan” , objek yang hadir  selepas KKT membawa maksud ada pergerakan objek ke arah kata nama (Jalur Gemilang) yang mengikutinya . Di sini, bilik darjah tidak “bergerak” ( tiada pergerakan) secara langsung ke arah kata nama yang mengikutinya, iaitu Jalur Gemilang. Oleh itu, ayat yang sepatutnya ialah  Mengapakah cikgu menghiaskan Jalur Gemilang  di dalam bilik darjah kita atau sekiranya hendak dikekalkan ayat tersebut, “kan” perlu digugurkan menjadi Mengapakah cikgu menghias bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang.
    Ayat 2.  Mengapakah cikgu menghiasi bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Dalam ayat ini, kata kerja transitif ((KKT), iaitu kata kerja yang memerlukan objek ialah menghiasi, iaitu berakhiran dengan "i" dan objeknya ialah  “bilik darjah”. Bagi KKT berakhiran “i” , objek ( bilik darjah)  hadir langsung lepas KKT berakhiran “i”  dengan maksud makna KKT langsung kena pada objek. Tiada unsur “pergerakan” diri objek. Objek berkeadaan pasif dan menerima  makna KKT. Oleh itu, ayat ini betul.
    Perbezaan kedua-dua ayat ini terletak pada (a) Jika KKT berakhiran "i' , objek hadir terus ( langsung) lepas KKT lalu menerima maksud yang terkandung dalam KK itu. Objek tersebut bersifat pasif ( tak bergerak). (b) Jika KKT berakhiran "kan"  objek yang hadir selepas KKT membawa maksud ada pergerakan objek ke arah kata nama yang mengikutinya.
    Tatabahasa21.02.2018

    Kembali ke atas