Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.bo.lé.han] | برکيبوليهان

Definisi : mempunyai kelayakan (kecekapan): lebih ramai lagi wanita yg ~ tampil ke muka utk memasuki barisan menjaga keselamatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkebolehan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya ingin kepastian tentang soalan ini : Antara kata berimbuhan yang berikut, yang manakah kata dasarnya terdiri daripada kata terbitan? (Pilih 2 sahaja) A. Bermaafan B. Bersungut-sungutan C. Berkebolehan D. BersekedudukanJawapan ialah C. Berkebolehan dan D. BersekedudukanTatabahasa19.10.2013
Salam sejahtera. Saya ingin tanya, apakah kata dasar untuk perkataan berikut: a) bersungut-sungutan b) berkebolehan c) bersekedudukan Terima kasih!Kata dasar untuk perkataan tersebut ialah sungut, boleh dan duduk.Tatabahasa30.01.2016
apakah perbezaan "berupaya" dan "berkeupayaan"

“Berupaya” bermaksud berkebolehan atau mampu untuk membuat sesuatu, berusaha dengan sekuat daya, tenaga dan sebagainya manakala “berkeupayaan” bermaksud mempunyai keupayaan untuk membuat sesuatu.

Makna02.11.2021
salam ..saya ingin bertanya...ada tak kursus,bengkel atau seminar untuk individu yg berminat dgn puisi dan bidang penulisan.ini.saya berkebolehan bersajak.namun bakat yg ada tidak dpt diperluaskan kerana tidak tahu maklumat. oleh itu jika ada sebarang pertandingan saya ingin menyertainya.Buat masa ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP tidak menganjurkan sebarang peraduan menulis puisi.  DBP juga tidak mengendalikan sebarang kursus atau seminar dalam bidang penulisan puisi.  Saudara boleh menghubungi persatuan penulis yang berhampiran dengan tempat anda yang mungkin ada mengendalikan kursus sebegini, seperti KEPEZI yang diketuai oleh penulis mapan Puan Zaharah Nawawi.Lain-lain01.04.2010
Apakah perbezaan kreatif dengan inovatif ?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

kreatif  kata adjektif
1 (bekenaaan dengan seseorang) berkebolehan mencipta atau menghasilkan sst yg baharu, unik dan menarik serta berbeza drp yg lain:
Guru-guru yg kreatif dapat menarik minat pelajar dlm kelas.

2 (berkenaan dengan karya, penulisan dsb) bersifat unik, menarik dsb yg dihasilkan melalui daya imaginasi yg tinggi:
Karya-karya ini merupakan hasil kreatif pujangga tempatan dan sangat penting dlm perkembangan kesusasteraan Melayu

inovatif kata adjektif
(berkenaan dengan kaedah, idea dsb) bersifat inovasi:
Pelajar didedahkan dgn kaedah berfikir yg kreatif dan inovatif dlm menjana idea perniagaan.

inovasi kata nama 
1 teknik, sistem dll yg baru diperkenalkan sbg penambahbaikan kpd yg sedia ada: Bank ini telah menghasilkan beberapa inovasi dlm perkhidmatan bank, spt rangkaian ATM.
2 tindakan, usaha, daya dsb mengadakan atau memulakan sst yg baharu:
Kita perlu menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan inovasi mereka.
kata kerja transitif 3 lihat menginovasi;

Dapat disimpulkan, sesuatu yang kreatif bersifat menarik, unik dan istimewa sifatnya, berbanding sesuatu yang inovatif biasanya dapat menjimatkan kos, tenaga, masa dsb dalam kehidupan kita.
Makna02.05.2023
Salam DBP. Mohon tuan cadangkan peribahasa yang sesuai utk : setiap orang mempunyai bakat/potensi sendiri Tkasih.Peribahasa yang berkaitan dengan bakat dan potensi diri antaranya; 1. Ada bakat -bermaksud seseorang yang mempunyai keupayaan dan berkebolehan dalam sesuatu bidang seperti melukis, mengarang dan sebagainya.2. Bakat terpendam -bermaksud kebolehan atau kepandaian yang ada pada seseorang tidak diketahui sehingga bakatnya berjaya dicungkil melalui pertandingan atau sebagainya. Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, disusun oleh SN Abdullah Hussain  terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Lain-lain29.07.2021
Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara analitis dan analitik? Atau adakah kedua-duanya membawa maksud yang sama? Terima kasih.Analitik dan analitis mempunyai maksud yang sama berkenaan dengan penyelidikan, pendekatan dan sebagainya iaitu bersifat analisis, mampu atau berkebolehan untuk menganalisis sesuatu. 

Contoh ayat: Media mengambil pendekatan kritis dan analitik dalam laporannya. 
Makna30.06.2022
Assalamualaikum, Jika left-handed adalah kidal dalam bahasa Melayuu. Apakah right-handed (yang satu perkataan sahaja)? Ambidextrous pula dwicakat. Cakat itu apa?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud right-handed ialah tangan kanan. Manakala maksud Ambidextrous merujuk bidang pendididkan ialah dwicakat manakala bidang perubatan ialah ambidekstrus yang bermaksud berkebolehan menggunakan kedua-dua tangan dengan sama baiknya.Istilah05.02.2017

Kembali ke atas