Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.bun] | برکبون

Definisi : bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.bun] | برکبون

Definisi : bercucuk tanam di kebun: Di samping bersawah, mereka ~ sayur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kebun (kata nama)
Bersinonim dengan ladang, dusun, taman, huma, tegal, sawah, bendang, estet;,
Kata Terbitan : berkebun, memperkebuni, perkebunan, pekebun, pengebun,

Puisi
 

Orang berkebun saya berkebun,
     Dalam kebun bertanam bunga;
Orang berpantun saya berpantun,
     Dalam pantun ada makna.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pak Hasan berkebun sayur-sayuran di kebun sayur. Adakah ayat ini tepat?Ayat yang tepat dan gramatis ialah Pak Hasan berkebun di kebun sayur-sayuran.
Frasa keterangan di kebun sayur-sayuran sudah cukup untuk melengkapi frasa kerja berkebun.
Tatabahasa22.03.2018
Adakah ayat berikut betul ataupun salah? 1. Ayah berkebun pokok bunga 2. Lili berkebun sayur-sayuran 3. Datuk Ali mencangkul di batas 4. Ali menyiram di atas pokok bungaAyat 1 dan 2 betul. Ayat 3: Datuk Ali mencangkul tanah di batas. Ayat 4: Ali menyiram pokok bunga.Tatabahasa18.05.2016
apakah beza penggunaan 'per' dan 'pe'?

Perbezaan penggunaan awalan peR- dan pe- seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 114-115 adalah seperti yang berikut:

Awalan peR- sebagai penanda alat atau tempat : perasap(tempat membakar kemenyan); perbara(tempat bara api untuk membakar kemenyan). Awalan peR- sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja(dengan awalan ber-): perburu(orang yang berburu);pertapa(orang yang bertapa).

Awalan pe- sebagai penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan: petinju(orang yang bertinju)petaruh(benda yang dipertaruhkan). Awalan pe-sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar:pekebun(orang yang berkebun);pekedai(orang yang berkedai).

 

Tatabahasa16.03.2009
1. Saya ingin mengetahui perbezaan makna rangkai kata ' pada peringkat' dengan ' di peringkat'. 2.Yang manakah ayat yang betul (a)Saya berjaya mencatat kemenangan dalam perlumbaan itu. ATAU (b) Saya berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlumbaan itu.

Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.

Contoh:
     a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. (salah)
     ~  Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. (betul)

     b. Ayu berkebun pada belakang rumah. (salah)
     ~  Ayu berkebun di belakang rumah (betul)

Untuk yang manakah ayat yang betul, ayat (b) ialah ayat yang betul untuk digunakan.

Tatabahasa07.10.2017

Kembali ke atas