Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.dut] | برکدوت

Definisi : berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya mengham-pirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.dut] | برکدوت

Definisi : tidak licin; berkerut: Bajunya ~. Dahinya ~ memikirkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedut (kata nama)
1. Dalam konteks kain
bersinonim dengan ropol, renda, lipat, kusut, ronyok, kumal berkerumuk,

2. Dalam konteks kertas
bersinonim dengan renyuk, berkerumuk, kumal,

3. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan keresot, kerut, keretot, lisut, kempis, susut, kecut, kerdut, kesut, kerepot, gelembur, lisu, kerunyut, gedeber, kerunyut,

Kata Terbitan : berkedut, mengedut, mengedutkan, kedutan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PRUN

Prun ialah plum manis yang telah dikeringkan.

Pengeringan menjadikan rupa prun berkedut-kedut.

Plum yang terutamanya sesuai untuk dikeringkan

dikenali sebagai plum prun. Prun mempunyai

kandungan besi dan vitamin yang tinggi.

UMUM 
PITTOSPORUM

Pittosporum ialah genus (kumpulan) pokok

renek dan pokok malar hijau. Kira-kira 12 jenis

tumbuh di Australia. Ia juga tumbuh di New

Zealand dan di beberapa bahagian di Asia dan

Afrika. Pokoknya mempunyai bunga putih atau

kuning berbentuk tiub. Buahnya keras dan bijinya

melekit. Pittosporum manis ialah pokok kecil yang

daunnya berkedut, bunganya kuning, dan bijinya

merah.

UMUM 
PINK

Pink adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan tumbuhan berbunga yang ahli botani

namakan Dianthus , iaitu perkataan Yunani bagi

bunga Jove . Bunganya sering dilihat berwarna

samar ( pink dalam bahan Inggeris) tetapi nama

pink mengikut ramai autoriti, digunakan dalam

pengertian pieree atau puncture (tebuk), dan

merujuk kepada tepi kelopaknya yang berkedut.

UMUM 
SWEET PEA

Sweet pea ialah bunga taman kegemaran yang

tergolong dalam famili yang sama dengan famili

kacang pis. Sweet pea ditanam kerana kecantikan

dan keharuman bunganya. Bunga sweet pea

berwarna biru, merah, samar, ungu atau putih.

Sesetengahnya kelihatan seperti rama-rama.

Terdapat lebih daripada 1000 jenis sweet pea. Pada

sesetengahnya, kelopak bunganya licin dan bak

baldu. Pada yang lain, bunganya berkedut-kedut

dan berombak-ombak. Tumbuhan ini mungkin

kerdil, yang tumbuh berhampiran dengan tanah

atau memanjat, yang tumbuh di sepanjang tali atau

junjung. Terdapat juga banyak jenis tumbuhan saka

yang menarik dari selatan Eropah. Misalnya,

everlasting pea tumbuh liar di United Kingdom.

Bunganya besar dan berwarna samar magenta.

UMUM 

Kembali ke atas