Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.hen.da/.kan] | برکهندقکن

Definisi : berkehendak akan, me­mer­lukan: perkara itu ~ penerangan yg lebih lanjut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.hen.da/.kan] | برکهندقکن

Definisi : berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkehendakkan

Peribahasa

Kuda yang pantas tiada berkehendakkan cemeti.

Bermaksud :

Orang yang rajin dan pandai berbuat pekerjaan tak perlu diawasi.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan Tatabahasa yang betul, adakah berkehendakan atau berkehendakkan?Berkehendakkan, iaitu berkehendak akan. Contoh ayat: Pokok padi berkehendakkan air yang banyak untuk hidup subur. Ejaan26.04.2011
Salam dan terima kasih dia tas jawaban yang lalu. Saya masih banyak kemusykilan lagi. 1. wujudkah perkataan mengkehendaki atau tidak? masalah dengan imbuhan meng --- i 2. Bagaimana dengan perkataan berkehendakkan? Adakah kedua-duanya membawa maksud yang sama, want atau mahu dalam konteks yang formal. tolong jelaskan. 3. Adakah betul istilah pemunya proses bagi Process Owner? Terima kasih

1. Perkataan mengkehendaki wujud dan sama maknanya dengan mengingini 

2. Perkataan berkehendakkan boleh digunakan yang bermaksud  berkehendak akan, atau me­mer­lukan.  

3.Padanan Process Owner ialah pemunya proses atau pemilik proses, walau bagaimanapun terjemahan ini disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. 

Tatabahasa27.08.2010
assalamualaikum,saya nak tanya kalau bljr bahasa melayu mesti faham konsep juga

Izfa,

Tidak semua perkara dalam pembelajaran bahasa itu berkehendakkan supaya kita memahami konsepnya. Yang jelas apabila kita bercakap tentang pembentukan sesuatu istilah untuk memahami apakah istilah yang paling sesuai atau yang paling tepat maka ketika itulah kita perlu memahami konsep sesuatu istilah itu.

Istilah18.04.2010
1. makna-acilut, -adat periuk berkerak, adat lesung berdedak 2. perbezaan antara 'menasihatkan orang' dengan 'menasihati orang'

1.  Perkataan acilut - tidak ada dalam sumber rujukan kami, berkemungkinan acilut ialah slanga yang dituturkan dalam kalangan kelompok tertentu sahaja. Peribahasa Adat periuk berkerak, Adat lesung berdedak bermaksud berkehendakkan keuntungan, haruslah susah;

2.  Menasihatkan orang bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar; manakala menasihati orang bermaksud memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kepada.... Kedua-dua perkataan tersebut hampir sama maknanya tetapi terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaannya. Bezanya ialah perkataan menasihati mestilah diikuti dengan orang contohnya, menasihati Ali, manakala menasihatkan mestilah diikuti dengan sesuatu, contohnya menasihatkan berbuat kebaikan

Makna26.01.2010
salam. saya amat meminati dunia penulisan. saya pernah menghasilkan satu novel online. Tapi, daripada segi kualiti mungkin agak rendah kerana mungkin penggunaan struktur kata yang agak kurang bijak, tidak cukup puitis, kosa kata tidak meluas dan kadang-kadang pengakhiran cerita dapat diteka oleh pembaca. Saya betul-betul berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Saya berkehendakkan khidmat daripada DBP dalam memberi tunjuk ajar dan tips bagi menjadi seorang penulis. harap kepada respon. kerjasama tuan diucapkan terima kasih.Salam. Tips untuk menjadi penulis, antara lain, saudara perlu banyak membaca karya orang lain terlebih dahulu. Jika saudara ingin menulis novel misalnya, maka bacalah novel yang temanya menjadi minat saudara, contohnya kisah cinta, penyiasatan, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, seting, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens; pembahagian bab, dan apa-apa sahaja yang menjalin sesebuah cerita.  Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara.  Pada masa ini juga, banyak buku  panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak tips untuk saudara menulis. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis yang baik, maka mahu tidak mahu, ia terpulang juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah, bakat semula jadi (alami), tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Moga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah. Wassalam.Lain-lain05.05.2010

Kembali ke atas