Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ké.lah] | برکيله

Definisi : bersuka-suka dan berjamu beramai­ramai (di pantai dll), berpiknik: ramai pelawat yg datang ~ ke Pantai Port Dickson tiap-tiap hujung minggu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ké.lah] | برکيله

Definisi : bersuka-suka dan berjamu beramai-ramai di luar rumah (di pantai dll): Minggu lalu kami sekeluarga telah pergi ~ di Taman Templer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelah
Kata Terbitan : berkelah, perkelahan,

Puisi
 

Apa guna makan nasi,
     Ambil kulat bawa berkelah;
Apa guna menghibur hati,
     Sanggul digulung sikat belah.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah manakah yang lebih tepat sama ada "berkelah di tepi pantai" atau "berkelah di pantai". Jika diikutkan jika berkelah di tepi pantai, laut sewajibnya berkedudukan di tepi pantai tersebut. Jadi, adakah berkelah di tepi pantai membawa maksud seperti berkelah dalam laut. Terma KasihKedua-dua istilah tersebut betul.Istilah30.10.2014
bolehkan tuan menyatakan "berkelah di pantai atau berkelah di tepi pantai", yang mana betul? pantai atau tepi pantai. terima kasih.Kedua-duanya betul dan perlu disesuaikan penggunaannya mengikut konteks ayat. Pantai merujuk tepi laut dan lazimnya orang awam berkelah di pantai. Walau bagaimanapun, istilah tepi pantai juga betul jika merujuk perkelahan di tepi pantai.Tatabahasa30.07.2015
berkelah di tepi pantai. berkelah di pantai. ayat yang mana satu betul?Untuk makluman, kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa06.03.2019
1)Keluarga Beego( pergi )pantai berkelah. 2)Keluarga Beedo (pergi ke )pantai (untuk )berkelah. Ayat yang mana satu betul?Terima kasih.Ayat yang betul ialah Keluarga Beego pergi berkelah di pantai (ayat tunggal) atau Keluarga Beedo pergi ke pantai untuk berkelah (ayat komplemen). Tatabahasa17.10.2014
Salam sejahtera, Tuan; Ayat-ayat yang berikut, manakah yang betul? 1. Kami sekeluarga berkelah di tepi pantai. 2. Kami sekeluarga berkelah di tepi laut. 3. Kami sekeluarga berkelah di pantai. 4. Ibu memasak di dapur. 5. Ibu memasak di dalam dapur. Terima kasih.Ketiga-tiga ayat yang dikemukakan adalah betul. Walau bagaimanapun, ayat yang terbaik ialah Kami sekeluarga berkelah di tepi pantai. Ayat yang betul ialah Ibu memasak di dapur.Tatabahasa02.11.2011
1. Kami berkelah di pantai. 2. Kami berkelah di tepi pantai. "di pantai" atau "di tepi pantai", mana satu yang betul?

Encik Yong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Kedua-dua ayat yang diberikan betul cuma ayat kedua berkelah di tepi pantai adalah lebih gramatis.

terima kasih

Makna30.10.2009
Ayat yang mana betul? 1. Kami telah berkelah di Pantai Merdeka pada minggu yang lepas. 2. Kami telah berkelah di Pantai Merdeka pada minggu lepas.Ayat yang betul ialah Kami telah berkelah di Pantai Merdeka pada minggu lepas.Tatabahasa09.01.2017
Saya ingin tahu penggunaan perkataan yang mana betul : 1) Saya berkelah di tepi pantai, atau 2) Saya berkelah di pantai

Kedua-dua ayat yang diberikan betul cuma ayat kedua berkelah di tepi pantai adalah lebih gramatis.

Lain-lain02.11.2010
Kami berkelah di taman. adakah ayat ini betul?Betul.Tatabahasa01.06.2018
"Saya sekeluarga berkelah di tepi sungai" Apakah fungsi/kelas perkataan 'sekeluarga' dalam ayat tersebut? Daripada bentuknya, 'sekeluarga' ialah kata bilangan. Tetapi, bukankah kata bilangan mesti ditempatkan di depan Kata Nama? Fungsi kata bilangan ini nampaknya berlainan dengan kata bilangan yang lain. Bolehkah saudara/saudari menjelaskan perbezaannya. Terima kasihSekeluarga dalam konteks ayat tersebut ialah Frasa Nama (Saya Sekeluarga).Tatabahasa01.02.2017
123

Kembali ke atas