Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.la.kuan] | برکلاکوان

Definisi : membuat laku, berperangai, bertabiat: aku berasa malu seorang dr kampungku ~ begitu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.la.kuan] | برکلاکوان

Definisi : berperangai; bertabiat: Kamu mestilah ~ baik, sama ada di sekolah ataupun di rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Bertunjang kayu ara,
     bertunjang pula mali-mali.

Bermaksud :

Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang, b. Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang). mali-mali = sebangsa tumbuhan yang mempunyai tunjang juga.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah mksud istilah berkelakuan baik, menderhaka terhadap kerajaan, dan fasih berbahasa melayuBerkelakuan baik bermaksud mempunyai akhlak yang baik, bermoral ataupun beretika. Menderhaka terhadap kerajaan bermaksud menentang atau tidak mengikut undang-undang yang telah sedia ada dalam sesebuah kerajaan yang sah. Fasih berbahasa Melayu bermasud seseorang itu boleh menuturkan bahasa Melayu dengan baik terutamanya dari sudut tatabahasa dan difahami oleh orang lain.Lain-lain29.06.2008
Kita mestilah berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ___ malu kepada orang tua kita. a. memberikan b. memberiKita mestilah berkelakuan baik dan jangan sekali-kali memberi malu kepada orang tua kita. memberi di situ bermaksud mengakibatkan, menyebabkan, menjadikan Tatabahasa08.07.2008
Salam, Apakah imbuhan kata kerja yang betul bagi perkataan 'dinasihat' dalam ayat ini? Murid-murid dinasihatkan agar berkelakuan baik' atau 'Murid-murid dinasihati agar berkelakuan baik'. Sekian, terima kasih.
Dinasihati  bermaksud memberi nasihat kepada, manakala dinasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat. Berdasarkan makna tersebut, lazimnya dinasihati diikuti dengan objek (manusia). contohnya, Pelajar itu dinasihati oleh gurunya supaya rajin belajar. Para pelajar dinasihatkan supaya rajin belajar.

Menerusi ayat yang diberikan, jawapan yang tepat digunakan ialah Murid-murid dinasihatkan agar berkelakuan baik.

Tatabahasa14.03.2013
Apakah perbezaan antara budaya dengan kebudayaan? Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan budaya bermaksud: i. tamadun, peradaban; ii. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya dan iii. bersifat budaya. Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi).Makna05.04.2011
1) Adakah ayat di bawah ada kesalahan? - Gadis itu berkelakuan gila-gilaan setelah ibunya meninggal.Gadis itu gila-gilaan setelah ibunya meninggal.Tatabahasa26.07.2013
"tuan, tolong jelaskan maksud "hipokrat"."Menurut Kamus Dewan, hipokrit ialah orang yang berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, munafik.Makna19.08.2013
Bolehkah dirumuskan bahawa perkataan berimbuhan ber yang disusuli dengan keterangan keadaan kata kerja itu digugurkan kata depan dengan? Contohnya, berjalan lancar, berfungsi baik, berlari pantas, berkelakuan baik( di mana dengan telah dugugurkan)

Frasa berkenaan boleh digunakan, hal ini ada diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 291 di bawah tajuk Kata Adverba, contoh yang lain berjalan laju dan bertiup kencang.

Tatabahasa16.12.2011
definisi budaya berpasanganMerujuk Kamus Dewan, budaya ialah 1. tamadun, peradaban: ~ Islam; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb): ~ kuning; 3. bersifat budaya, yg mengenai kebudayaan, (yg) sudah maju (akal budi): antropologi ~; ~ kuning budaya Barat yg dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif; ~ rakyat cerita, adat, pakaian, tingkah laku dsb yg diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa; Berpasangan pula ialah 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pasangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik. Walau bagaimanapun,budaya tersebut boleh didefinasikan mengikut konteks yang bersesuaian.Lain-lain01.09.2010
apa dimaksudkan dengan perkataan 'PAROL'"Parol" ialah istilah undang-undang yang bermaksud 1. pembebasan seseorang banduan sebelum habis tempoh menjalani hukuman penjara kerana berkelakuan baik dan sebagainya; 2. tempoh seseorang banduan menjalani pembebasan bersyarat itu.Istilah05.03.2009
maksud kesenian dan kebudayaanMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesenian ialah perihal seni, yg berkaitan dgn seni, keindahan (kehalusan), manakala kebudayaan ialah keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi), Untuk makna lebih lanjut, saudara boleh menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.Makna16.01.2008
12

Kembali ke atas