Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.lia.ran] | برکليارن

Definisi : berjalan (terbang dll) ke merata tempat, merayau; ®keliar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.lia.ran] | برکليارن

Definisi : berjalan (bergerak, ber­siar-siar, dll) merata-rata atau ke sana sini, merayau, bertualang: mata-mata gelap ~ di bandar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.lia.ran] | برکليارن

Definisi : bergerak (berjalan dsb) dgn tidak bertujuan atau menuju ke serata tempat: Murid-murid yg didapati ~ di pusat membeli-belah dsb pd waktu sekolah hendaklah dikenakan tindakan disiplin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.ke.lia.ran] | برکليارن

Definisi : berjalan ke mana-mana; merayau: Banyak anjing yg ~ di sekitar pasar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liar (adjektif)
1. Bersinonim dengan terbiar: buas, ganas, terbiar, hutan, culas,
Berantonim dengan jinak

2. Bersinonim dengan tidak sopan: tidak santun, tidak beradab, biadab, balik adab, kasar, kurang ajar, tidak senonoh, tambung, songong,
Berantonim dengan sopan

Kata Terbitan : meliar, meliarkan, keliaran, berkeliaran,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETREL

Petrel adalah satu daripada sekumpulan besar

burung laut. Ia berkeliaran di semua lautan di

dunia. Petrel jarang datang ke daratan kecuali

semasa musim membiak, atau apabila ia ditiup

angin ribut ke pantai. Ia biasanya membuat sarang

di belebas yang terlindung atau dalam lubang di

sepanjang pesisir. Petrel berwarna hitam, kelabu

atau putih. Panjangnya berbeza-beza daripada kira-

kira 15 sentimeter hingga 90 sentimeter.

Sesetengah petrel mencari makanan dengan

menjunam ke dalam air. Tetapi kebanyakan petrel

terbang dekat dengan ombak dan mengambil

makanan dari permukaan air.

UMUM 
PERANG GERILA

Perang gerila ialah perang oleh kumpulan

pejuang yang berkeliaran dan menyeksa musuh

melalui serang hendap, penyerbuan mendadak,

dan serangan skala kecil yang lain. Gerila

mungkin tersusun, tetapi mereka biasanya

berjuang dalam kumpulan kecil. Mereka biasanya

beroperasi di belakang barisan musuh dan

menggunakan taktik hentam-dan-lari dan sabotaj

untuk mengejutkan dan menyeksa musuh. Mereka

mengambil kesempatan atas ciri-ciri kawasan

semula jadi — seperti hutan, bukit, tasik, dan

sungai — kepada bersembunyi dan melancarkan

serangan. Apabila keganasan dilancarkan di

kawasan bandar, operasi sedemikian biasanya

dikenali sebagai “Keganasan Bandar”. Mereka

melakukan pengeboman, penculikan, dan

tindakan ganas yang lain. Gerila kadang-kadang

dikenali juga sebagai pejuang bawah tanah atau

penentang , atau partisan . Taktik gerila biasanya

digunakan oleh kumpulan yang terhad sumbernya

untuk menentang musuh yang lebih hebat dari

segi kuasa dan kekuatan. Perkataan gerila

bermaksud perang kecil dalam bahasa Sepanyol

dan pertama kali digunakan semasa Perang

Semenanjung Napoleon (1808–1814).

UMUM 
KUDA PRZEWALSKI

Kuda Przewalski yang juga dikenali sebagai

kuda Przhevalski, ialah spesies kuda yang pernah

berkeliaran berkumpulan di Asia Tengah.

UMUM 
MOOSE

Moose ialah nama bagi anggota yang paling

besar dalam famili rusa di Amerika Utara.

Namanya mungkin berasal daripada bunyi

panggilan yang kuat, meninggi oleh moose

jantan. Di Eropah, moose dikenali sebagai elk

(lihat Elk). Terdapat enam jenis subspesies moose

yang berkeliaran di utara hutan konifer di

Hemisfera Utara. Moose sering memakan rumpair

air di tasik cetek pada waktu subuh dan senja.

UMUM 

Kembali ke atas