Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.li.ling] | برکليليڠ

Definisi : 1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dll): baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota; 2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dsb merata tempat: maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.li.ling] | برکليليڠ

Definisi : 1 bergerak di keliling sesuatu (tempat, benda dll): Kami kemudian berjalan pula ~ Kaabah tujuh kali. 2 berjalan dan berpusing-pusing (berputar-putar); meronda: Puas saya ~ di bandar mencarinya tetapi tidak juga bertemu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliling (kata nama)
1. Bersinonim dengan lilitan: lingkungan, litaran, lingkaran,

Kata Terbitan : berkeliling, mengelilingi, pekeliling,

Puisi
 

Kampung Jambak menyisir rimba,
     Di balik kampung Mandaling;
Sedang dusanak lagi tak hiba,
     Konon kok orang berkeliling.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ronda; meronda berjalan dsb berkeliling kerana berkawal: Pasukan polis hutan sentiasa ~ di kawasan sempadan utk mencari pengganas-pengganas komunis. rondaan kawalan dgn berjalan dsb berkeliling di sesuatu tempat. perondaan perbuatan meronda; perjalanan berkeliling utk menjaga keamanan. peronda 1 orang yg meronda: polis (askar) ~. 2 sesuatu yg digunakan utk meronda: kereta ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkeliling1 bergerak di keliling sesuatu (tempat, benda dll): Kami kemudian berjalan pula ~ Kaabah tujuh kali. 2 berjalan dan berpusing-pusing (berputar-putar); meronda: Puas saya ~ di bandar mencarinya tetapi tidak juga bertemu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkeliling1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dll): baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota; 2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dsb merata tempat: maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkeliling1. bergerak di keliling sesuatu (tempat, benda dll): Kami kemudian berjalan pula ~ Kaabah tujuh kali. 2. berjalan dan berpusing-pusing (berputar-putar); meronda: Puas saya ~ di bandar mencarinya tetapi tidak juga bertemu.Kamus Pelajar
ronda1. = meronda berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah ber­lakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; rondaan perjalanan berkeliling utk meronda, hasil meronda: polis melakukan ~ mengejut di kawasan itu utk menangkap penagih-penagih dadah; perondaan perbuatan (kerja-kerja) me­ronda.Kamus Dewan Edisi Keempat
legar/légar/; berlegar bergerak atau berjalan berkeliling; berpusing selalu: Burung helang itu ~ saja memperhatikan mangsanya. melegari bergerak berkeliling sesuatu; mengelilingi: ~ Kaabah. melegarkan menjadikan berlegar; memusingkan; memutarkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
raunbp 1. = meraun berjalan berkeliling, ber­keliling, meronda; 2. sepusingan (per­mainan, tarian, dll), sekali tamat; meraun berjalan dll berkeliling, berjalan ber­putar-putar: mereka ~ dgn jip.Kamus Dewan Edisi Keempat
jaja; berjaja 1. mencari rezeki (nafkah, pen­dapatan, dsb) dgn membawa barang dagangan berkeliling utk dijual: Yahya didenda kerana ~ tanpa lesen; 2. berjual: dia dilarang ~ di situ; menjajakan 1. menjual barang dagangan dgn membawanya berkeliling: riuh-rendah bunyi orang ~ barang dagangan masing-masing; 2. ki menyebarkan (menyatakan dsb) ke sana sini atau merata-rata: Menteri Pen­didikan menasihatkan rakyat supaya tidak terperangkap dgn fikiran sempit go­longan yg ~ pendapat mereka sbg sesuatu yg mutlak; ~ khabar; jajaan benda atau barang yg dijajakan; penjajaan perbuatan (kerja) menjajakan; ­penjaja orang yg berjaja: seorang ~ telah di­kenakan denda sebanyak RM100.Kamus Dewan Edisi Keempat
edar/édar/; beredar 1 berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2 berpindah-pindah drpd seorang kpd seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3 berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4 berlalu (bkn masa): Hari terus ~. mengedari 1 (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2 berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3 mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. mengedarkan 1 menyampaikan surat dll drpd seorang kpd seorang yg lain; membawa berkeliling (ke mana-mana): Pelayan kapal terbang ~ gula-gula kpd penumpang-penumpang. 2 mengeluarkan sesuatu utk dipakai oleh orang ramai (bkn wang): Tidak lama lagi, kerajaan akan ~ wang kertas baru ke seluruh negara. edaran 1 perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2 sesuatu yg diedarkan: surat ~. ~ air pusingan air dr lautan ke daratan melalui atmosfera dan kembali ke lautan. ~ darah aliran darah melalui jantung ke seluruh badan. ~ hujan pusingan air menjadi wap, wap menjadi awan, dan awan menjadi hujan (air). peredaran 1 hal atau keadaan beredar; pergerakan (perjalanan) berkeliling: ~ bumi. 2 perubahan drpd satu keadaan kpd satu keadaan lain; peralihan dr satu tempat ke satu tempat lain. 3 perpindahan (wang) dr tangan ke tangan. 4 perubahan atau perkembangan masa: ~ zaman. pengedaran perbuatan atau hal mengedarkan: Orang-orang yg terlibat dlm ~ dadah itu telah ditangkap. pengedar 1 alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2 orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku.Kamus Pelajar Edisi Kedua
legar(légar); berlegar, berlegar-legar 1. ber­gerak-gerak berkeliling, berputar, berpusing selalu: benda itu berlegar-legar spt planet di angkasa lepas; di kepalanya berlegar-legar seribu soalan; 2. banyak mengisahkan hal tentang atau menumpukan perhatian pd, hampir tertumpu pd: persoalan cerita ~ pd diri Ipin, seorang anak orang asli; 3. Mn bergilir (bekerja dll), bertukar-tukar; melegari mengelilingi: ~ Kaabah; melegarkan memusingkan berkeliling, meng­edarkan (minuman dll); legaran edaran, giliran.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas