Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.lom.po/] | برکلومڤوق

Definisi : bersatu (berhimpun, berga­bung) menjadi kelompok (golongan kecil dll), berkumpul (bkn orang dll), (berada) berde­katan atau berdampingan hingga merupakan suatu kelompok atau kumpulan kecil: beberapa orang pekerja berehat ~ di bawah pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.lom.po/] | برکلومڤوق

Definisi : berkumpul menjadi kelompok; bergugus-gugus: Mereka duduk ~-kelompok, tiap-tiap kelompok sepuluh orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelompok (kata nama)
1. Bersinonim dengan gugusan: kumpulan, himpunan, gerombol puak, kelas, kaum, kobok, orang gerombongan, rombongan, pasukan, gelung, regu, toboh,

2. Bersinonim dengan tumpak: longgok, gundukan, rangkai, gugus, tompok, timbunan, pusu, busut,

Kata Terbitan : kelompokan, berkelompok,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang tepat bagi "community farming"? "Community farming" merujuk kepada aktiviti penanaman pokok mengikut spesies tertentu oleh pemilik tanah perseorangan secara berkelompok atau mengikut kawasan.Kami mencadangkan "community farming" diterjemahkan sebagai "perladangan komuniti" atau "pertanian komuniti". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah17.06.2022
Apakah terjemahan ke dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah 'practice group' yang sering digunakan di firma-firma guaman?Mengikut Kamus Dewan ‘practice group’ ialah ‘amalan berkelompok’.Istilah20.08.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan berkenaan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah "sprite". "Sprite" ini merujuk kepada fenomena elektrik mesosfera yang berlaku di atas awan ribut (kumulunimbus); ia berupa seperti kilat yang berkelompok dan berbentuk seperti lobak, obor-obor atau tiang. Dalam PRPM, ada terjemahan bagi "sprite" (pari-pari, peri atau peperi). Adakah terjemahan yang sama boleh digunakan untuk fenomena ini? Terima kasih.Melalui semakan di internet, sprite merujuk tiga perkara/makna yang berbeza. Perkara pertama dan kedua (seperti yang tuan maklumi) ada terjemahannya dalam data kami, namun perkara yang ketiga belum ada padanannya.
Perkara ini perlu dikemukakan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP; dan untuk sementara waktu, penggunaan sprite bagi konteks yang tersebut hendaklah diitalikkan ejaannya atau diberi huraiannya dalam bahasa Melayu bagi memahamkan khalayak.
Penyemakan dan penterjemahan25.12.2014
apakah maksud puak, berpuak? apakah yang menyatukan puak-puak di malaysia? bagaimana puak-puak terjadi? berapakah bilangan puak di dalam masyarakat kita contohnya cina, india dan melayu?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud puak ialah kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan. Berpuak-puak pula ialah bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok. Soalan lain tidak berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan. Harap maklum.Makna20.11.2007
1) Apakah definisi kampung tradisional dan ciri-ciri kampung tradisional 2) Apakah definisi bandar metropolitan1. Tidak ada definisi khusus untuk kampung tradisional dan ciri kampung tradisional dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat definisi "kampung" dan "tradisional" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. iaitu: i. kampung bermaksud 1. kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun 2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok  3. (kiasan) tidak moden, agak kolot 4. bukan dihasilkan (dipelihara dll) dengan cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kampung  ii. tradisional bermaksud berkaitan dengan, bersifat, atau meng­ikut tradisi,  
2. Dalam bidang Geografi, istilah bandar metropolitan bermaksud sesebuah bandar yang terlalu besar atau sebuah kawasan bandar yang diperluas.
Makna29.11.2012
1.apa definisi bengkel dan makmal? 2.apa beza antara bengkel kemahiran hidup dan makmal sainsMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yg berhubung dgn ilmu sains (fizik, kimia, dll), laboratorium. Bengkel pula ialah  tempat membaiki kereta 2. kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja); 3. mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan.Makna05.08.2008
Assalamualaikum Apakah yang membezakan kampung dan perkampungan. Penduduk perkampungan itu @ penduduk kampung itu. Yang mana betul.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, perkampungan 1. mengenai (berkaitan dengan) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan.

Manakala kampung pula bermaksud  kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dari Kuala Lumpur;  2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu;

Berdasarkan takrif tersebut, kedua-dua perkataan itu mempunyai maksud yang sama. Frasa penduduk kampung dan penduduk perkampungan itu boleh digunakan.
Tatabahasa16.10.2013
Apakah perkataan yang sesuai untuk digunakan bagi terjemahan "Mass Enablement"? "Mass Enablement" boleh ditakrifkan sebagai pengaktifan sesuatu kaedah secara besar-besaran. Contohnya, pengaktifan penggunaan kad Touch n Go di seluruh tol di Malaysia (dilakukan secara besar-besaran). Saya ada beberapa cadangan untuk terjemahan terma ini: 1. Pengaktifan Secara Besar-Besaran 2. Pengaktifan Secara Massa 3. Pengaktifan Berbesaran 4. Pengaktifan Besar-Besaran 5. Pengaktifan Besaran Harap tuan dapat cadangkan terjemahan yang sesuai bagi "Mass Enablement". Terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bagi frasa "Mass Enablement" diterjemahkan sebagai pengaktifan massa (seperti pola mass phenomenon atau fenomena massa dalam bidang Antropologi dan Komunikasi). Namun, terdapat juga padanan lain yang tepat bagi istilah tersebut, iaitu pengaktifan menyeluruh atau pengaktifan berkelompok, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya.

Istilah18.01.2020
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan makna dan definisi dari segi bahasa yang tepat makna perkataan KURSUS. Ini adalah kerana saya terlibat dalam pengajaran dewasa dan koperator bertanyakan kepada saya maksud yang betul perkataan KURSUS ini. Ini juga kerana ada tafsiran yang menyatakan kursus termasuk seminar, bengkel dan sebagainya .. jadi saya nak tahu apakah perbezaan maksud yang membezakan kursus, seminar, bengkel dan sebagainya. Ini adalah penting kerana koperator ingin meletakkan maksud ini ke dalam tafsiran Undang-undang Kecil koperasi mereka. kerjasama diucapkan ribuan terima kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna:

Kursus -  pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran.

Seminar - perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu: pd tahun lepas, ia telah pergi menghadiri ~ utk membincangkan kedudukan kaum wanita.

Bengkel - mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu: ~ penulisan cerita kanak-kanak.

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my/ dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".      

Istilah09.07.2010

Kembali ke atas