Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.ma.hi.ran] | برکماهيرن

Definisi : mempunyai kemahiran, ma­hir: dan tentu ramai calon di situ yg lebih ~, lebih layak, fikirnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dental therapistjuruterapi pergigianPerubatanTiadaSeseorang yang berkemahiran dalam merawat penyakit pergigian.
professional workerpekerja profesionalEkonomiTiadaPekerja yang berkemahiran khusus dalam bdiang pekerjaan tertentu.
marquee playerpemain tersohorSukanTiadaAtlet yang dianggap sangat popular, berkemahiran dan luar biasa pencapaiannya, terutama dalam sukan profesional.
credentialswasikahSejarahTiadaSurat tauliah yang menunjukkan seseorang itu berkualiti dan berkemahiran profesional.
baristabaristaPentadbiran PerniagaanPenginapan dan PenyajianOrang yang mempunyai pengetahuan dan berkemahiran dalam penyediaan kopi secara profesional.
program developerpembangun atur caraTeknologi MaklumatPerisianIndividu yang bertanggungjawab membina suatu atur cara sistem perkomputeran. Individu ini berkemahiran dalam menulis, mengkompil dan menyahkod atur cara. Pembangun atur cara terdiri daripada pengatur cara, juruanalisis sistem, pengatur cara analisis dan individu yang terlibat dengan tugas pembangunan atur cara.
online certificationpensijilan dalam talianTeknologi Maklumate-PembelajaranPernyataan bukti digital yang dianugerahkan oleh institusi bagi memperakui seseorang itu telah memenuhi syarat tamat pengajian, berkelayakan, berpengetahuan atau berkemahiran dalam bidangnya setelah mengikuti kursus atau program pembelajaran secara dalam talian.
strategistahli strategiPengurusanPerancanganPihak yang bertanggungjawab untuk merancang, membuat keputusan dan memastikan pelaksanaan perancangan strategik sesebuah organisasi. Ahli strategi lazimnya terdiri daripada pihak pengurusan atasan kerana mereka mempunyai maklumat menyeluruh tentang organisasi dan berkemahiran untuk membuat keputusan bagi menentukan hala tuju dan masa depan organisasi. Contoh ahli strategi yang terlibat ialah Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Ketua Jabatan.
governancetadbir urusPentadbiranPentadbiran Awam

Pentadbiran organisasi yang dilaksanakan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Antara faktor utama yang menyumbang kepada tadbir urus yang cekap dan berkesan ialah sifat dan sikap positif pemimpin, berpengalaman, berkemahiran dan berpengetahuan, mempunyai ideologi dan fikiran yang prolifik serta mampu menjana perubahan. Tadbir urus yang cekap dan berkesan menjadi tunggak dalam memantapkan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Contohnya, sebuah kerajaan yang mantap dari segi pentadbiran dan pengurusan akan menjana sebuah negara yang makmur dan sejahtera seperti Malaysia.

skill developmentpembangunan kemahiranPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha, tindakan atau langkah-langkah kemajuan dan perkembangan yang dilaksanakan oleh organisasi untuk mempertingkatkan keupayaan dan kebolehan kakitangan. Pembangunan kemahiran mencakupi proses pemantapan kendiri untuk melahirkan kakitangan yang berdaya saing, berpengetahuan, berfikiran terbuka, berkemahiran tinggi dan komited. Dalam konteks ini, pihak atasan berperanan untuk merangka, mereka bentuk, melaksanakan dan mengenal pasti elemen-elemen penting bagi pembangunan kemahiran. Antara elemen-elemen penting yang dimaksudkan ialah pengalaman kerja kakitangan, kemahiran, prestasi kerja, kekananan dan kualiti peribadi.

12

Kembali ke atas