Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.mam.puan] | برکممڤوان

Definisi : 1. mempunyai kesang­gupan (kebolehan, kekuatan); 2. mempunyai kekayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.mam.puan] | برکممڤوان

Definisi : mempunyai kemampuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkemampuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah ayat ini : Hadi harus tidak sombong dengan rakan-rakannya yang tidak berkemampuan.Ayat yang betul ialah Hadi sepatutnya tidak sombong dengan rakan-rakannya yang tidak berkemampuan.Tatabahasa08.04.2023
Jika berkesempatan dan berkemampuan, buat semakan secara berkala agar entri sentiasa yang terkini - termasuk ruang Khidmat nasihat. Jika ada yang silap, mohon padamkan segera untuk elakkan kekeliruan pengguna. Jangan sekadar mohon maaf, tapi tiada pengemaskinian. Jika boleh, percepatkan kemasukan istilah baru dan masukkan juga bahasa percakapan yang lazim dan tak dapat "dibendung" lagi, seperti awek, kantoi, dll. Namun, tandakan dengan "bp" seperti biasa yg DBP buat. Ia tetap bahasa orang kita - jika pihak DBP tak dapat terima hakikat bahawa sesuatu bahasa itu datang daripada orangnya, habislah. Terlalu banyak perkataan yang "tidak diterima" sampaikan agak lambat berkembang.
Terima kasih  dan  kami  akan  menggambil maklum atas teguran yang dinyatakan.
Kami akan berusia membaiki maklumat dalam khidmat nasihat DBP dari semasa ke semasa. 


Lain-lain02.10.2020
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul untuk "multi currency feature (mcf) enabled account"? Adakah (a) "akaun yang diupayakan dengan mcf"; (b) "akaun berkemampuan mcf"; atau (c) "akaun diupayakan mcf"? Adakah terdapat cadangan terjemahan lain yang lebih ringkas/padat? Terima kasih.Sila berikan konteks penggunaan perkataan dalam ayat untuk kami berikan padanan istilah dalam bahasa Melayu.Istilah28.04.2020
Mohon pandangan dari pihak tuan/puan. Apakah terjemahan yang sesuai untuk frasa "economically disadvantaged" seperti dalam ayat "...economically disadvantaged group such as immigrants, low income workers..." Terima kasih.Kami mencadangkan "economically disadvantaged" diterjemahkan sebagai "tidak berkemampuan" atau "pendapatan terbatas". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan03.03.2022
Terima kasih atas bantuan. Seterusnya saya ingin kepastian tentang jawapan bagi soalan-soalan yang berikut: 1. Abu berasa _____ apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. A kaget B takjub C kagum D pelik 2. Masih ada ____ pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. A kekelituan B kegusaran C perselisihan D perbandingan 3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A AMAT TERINDAH B SUNGGUH AMAT INDAH C AMAT SUNGGUH TERINDAH 4. Biasiswa itu DIBERI KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka. A DIBERI KEPADA PELAJAR B DIBERIKAN PADA PELAJAR C DIBERI UNTUK PELAJAR Terima kasih

1. Abu berasa kaget apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

2. Masih ada perselisihan pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. 

3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu.  

4. Biasiswa itu DIBERIKAN KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka.

Tatabahasa19.10.2010
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin membuat susulan akan soalan yang saya ajukan di portal ini pada 28 April 2020. Soalan tersebut masih lagi berstatus "Dalam Proses" manakala soalan-soalan lain yang diajukan pada tarikh terkemudian telah pun dijawab dan berstatus selesai. Pertanyaan saya adalah seperti berikut: Saya ingin bertanya, apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul untuk "multi currency feature (mcf) enabled account"? Adakah (a) "akaun yang diupayakan dengan mcf"; (b) "akaun berkemampuan mcf"; atau (c) "akaun diupayakan mcf"? Adakah terdapat cadangan terjemahan lain yang lebih ringkas/padat? Terima kasih.Sila berikan konteks penggunaan perkataan dalam ayat untuk kami cari padanan dalam bahasa Melayu.Istilah15.05.2020
SALAM SEJAHTERA...SAYA INGIN MEMBUAT PERTANYAAN MENGENAI MAKSUD PERKATAAN ' PEMBANGUNAN MODAL INSAN'Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Lain-lain31.07.2008
maksud guru penjana modal insan cemerlangModal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas.Lain-lain11.06.2008
Apakah maksud modal insan?Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Lain-lain19.11.2007
apakah maksud MODAL INSAN secara keseluruhannyaModal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Lain-lain16.11.2007
12

Kembali ke atas