Melati berkembang waktu subuh, Seri indah pada bunganya; Hati siapa tidakkan luluh, Seluruh Nusantara terasa sakitnya. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
Yang kembang biarlah berkembang, Supaya harum di bawah bukit; Orang jongang biarlah jongang, Supaya mencium mudah menggigit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman beradab berkembang ilmu; Makan bukan sebarang makan, Makan suap orang tak malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apabila ladang tidak dibakar, Hujan turun rumput berkembang; Apabila hutang tidak dibayar, Turun-temurun disebut orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau kumbang terbang menjauh, Tentulah bunga mudah berkembang; Kalau abang memang bersungguh, Janganlah lengah datang meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Ini lagu serampang laut, Pulau Tamu jauh sepadan; Layar berkembang kemudi dipaut, Tidak laju celaka badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sorong dayung ditarik dayung, Tariklah papan sama rata; Tuanlah pulang berkembang payung, Kami yang tinggal jahat rasanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hulur dayung tarik dayung, Papat rumput sama ratanya; Tuan pulang berkembang payung, Kami tinggal galak rasanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air topong Bukit Sitopong, Tarik papan sama ratanya; Tuanlah pulang berkembang payung, Kami kan ikut jahat jua rasanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |