Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.nal] | برکنل

Definisi : bersahabat (dgn), bergaul (dgn): ingin benar ia hendak ~ dgn semua jirannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkenal

Puisi
 

Bulan Ramadan bulan puasa,
     Awal Syawal beraya kita;
Kita baru berkenal biasa,
     Berdondang sayang bermesra kita.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul ? 1. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. 2. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. 3. Anak lelaki itu membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. 4. Tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah. 5. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Terima kasih.Selamat sejahtera. 

Ayat yang betul ialah:
 2. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku.
3. Anak lelaki itu membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku.
4. Tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah.
5. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku.

Ayat yang salah ialah:
1. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. 
Tatabahasa07.04.2013
Assalamualaikum, Saya hanya ingin bertanya bagaimana caranya sekiranya saya ingin menulis cerpen/novel dan mendapatkan sumber kewangan melaluinya?Saudara disarankan supaya membaca buku-buku yang berkaitan dengan teknik mengarang cerpen dan novel . Saudara juga disarankan supaya bergiat dalam persatuan penulis supaya dapat berkenal-kenalan dengan penulis yang hebat, di samping mengikuti kursus atau bimbingan penulisan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut. Saudara juga boleh menjadi Rakan Dewan untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan mengisi borang keahlian dan membayar yuran tahunan  di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut tentang penulisan sila hubungi Sdr. Azmi melalui e-mel azmi@dbp.gov.my. Lain-lain03.02.2008
Sila semak karang berikut, markah penuh ialah 30. Tajuk : Aku sebatang pen Aku merupakan sebatang pen. Nama aku Pilot. Aku dibuat di sebuah kilang yang diletakkan di Shah Alam. Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku. Aku dan kawan-kawan dihantar ke sana dengan sebuah lori. Pekerja kedai buku meletakkan aku di sebuah almari yang bercermin. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. Pada suatu hari, seorang wanita membawa anak lelakinya datang ke kedai buku untuk membeli alat menulis. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. Anak lelaki iut membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. Wanita itu telah membeli aku dengan harga RM1.50. Aku dibawa balik ke rumah mereka. Rupa-rupanya, tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah dan bernama Beng Hung. Tuanku menggunakan aku untuk membuat kerja rumah di sekolah. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku boleh bekhimat tuanku selama-lamanya.Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan dan pemarkahan karangan sila rujuk guru bahasa Malaysia di sekolah puan. Dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan kerana banyak ditemukan kesalahan dalam ayat tersebut termasuklah penggunaan kata terbitan yang tepat dan ejaan.Tatabahasa06.04.2013
Apakah penjelasan bagi perkataan "samping"? Bila perkataan "samping" boleh digunakan? Adakah ia boleh digunakan bersama kata sendi nama "di"?Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1951)

samping1
 kata nama
sisi atau sebelah kiri atau kanan:
Luruskan tangan di atas kepala, kemudian gerakkannya ke samping kiri dan kanan.

di samping
a di sisi atau di sebelah: Dia duduk di samping suaminya sambil menikmati minum petang.

b selain atau juga: Pertemuan sedemikian mendedahkannya pada corak penulisan baharu di samping dapat berkenal mesra dengan rakan penulis yang lain.

c bersama-sama atau bergandingan dengan: Hidup di samping baginda banyak menyimpulkan kenangan manis dan duka. Lebaran yang diraikan Syafie pada tahun ini tetap meriah dan bermakna di samping keluarga tercinta.

Sila dapatkan maklumat tentang kata terbitan dan contoh penggunaannya dalam kamus ini.
Makna24.05.2023

Kembali ke atas