Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.nan] | برکنن

Definisi : 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.nan] | برکنن

Definisi : 1 bersetuju di hati; gemar; suka: Ambillah buku itu jika engkau ~. 2 dgn suka hati; sudi: Baginda ~ menyampaikan hadiah kpd pemenang-pemenang dlm pertandingan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenan1
Kata Terbitan : berkenan, memperkenankan, perkenan,

Puisi
 

Singgah berlabuh di Tanjung Jati,
     Nakhodanya pakai si baju merah;
Berasa berkenan di dalam hati,
     Abang nak tegur takut dimarah.


Lihat selanjutnya...(24)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'berkenan' sesuai digunakan dalam ayat di bawah? Sewaktu kita dalam keadaan panas baran, kita tidak akan berkenan dengan pujukan daripada sesiapa pun.

Berkenan bermaksud bersetuju di hati atau berasa gembira (puas hati atau senang hati) tetapi tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Pujukan lazimnya dikaitkan dengan terpengaruh ataupun termakan pujuk bukan berkenan atau bersetuju dengan pujukan. Panas baran juga ialah sifat dan bukan keadaan.

Tatabahasa25.08.2011
Adakah perkataan 'berkenan' khas digunakan oleh raja, Tuhan atau mana-mana orang yang bermartabat sahaja?Kata "berkenan" boleh digunakan oleh orang yang bergelar atau orang biasa namun ada sedikit perbezaan dalam penggunaannya. Sila lihat contoh ayat yang berikut: Maka Sultan Mansor Shah pun berkenan mendengar bunyi surat itu; yang mana berkenan pada encik, ambillah ...Tatabahasa24.08.2011
Ayat yang mana lebih tepat? 1) Baginda berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. atau 2) Baginda berkenan berangkat menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat. Terima kasih.Ayat satu lebih tepat. Baginda berkenan menghadiri Majlid Ramah Mesra Bersama-sama Rakyat atau Baginda berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama-sama RakyatLain-lain30.04.2018
Ayat yang manakah di bawah ini tepat? Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat ke Jabatan Buruh pada 6/9/2015. atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat Jabatan Buruh pada 6/9/2015.Ayat yang betul ialah "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melawat ke Jabatan Buruh pada 6/9/2015.".Tatabahasa19.07.2016
Dalam ayat yang ada di bawah, apakah ayat yang betul? 1) Sultan Amir telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu nanti. 2) Sultan Amir telah perkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu nanti.

Ayat yang betul ialah “Sultan Amir telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu.”

Tatabahasa22.12.2023
salam sejahtera, sila beri tunjuk ajar berkenaan soalan di bawah, "........ berkenan menerima Datuk menghadap," kata pegawai istana itu kepada Datuk Temenggung. jawapannya, A. Patik B. Tuanku C. Beta D. Beliau jawapan yang diberi ialah B. Tuanku tetapi, mengikut definasi Kamus Dewan, tuanku bermaksud, " yang mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti diri kedua bagi raja atau sultan." Pada pendapat saya, kata ganti diri ketiga patut diguna, yakni Baginda"Tuanku berkenan menerima Datuk menghadap," kata pegawai istana itu kepada Datuk Temenggung kerana tuanku ialah kata ganti nama diri ketiga dalam ayat tersebut. Pegawai istana - kata ganti nama diri pertama, Temenggung - kata ganti nama diri kedua dan Tuanku - kata ganti nama diri ketiga.Tatabahasa21.09.2012
Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan sama ada ayat di bawah ini betul atau tidak. 1. Ali berkenan membeli kereta Proton saga tetapi harganya mahal. 2. Parit yang menjadi punca banjir kilat di kawasan perumahan itu. 3. Bernafaslah dengan teratur maka anda menjadi tenang dan bersedia. 4. Anda boleh beri isyarat kepada doktor sekiranya berasa sakit dan tidak selesa ketika sedang dirawat. Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya. Adakah ayat ini, sama maksud dengan ayat di atas? 1) "Jangan selongkar barang-barang kakak kamu, Aminah," kata ibu. 2) " Aminah, kamu dilarang menyelongkar barang-barang kakak kamu," kata ibu.Ayat 1: Tukar perkataan Proton Saga kepada Proton Saga (Huruf besar di pangkal perkataan kata   nama khas). Ali berkenan membeli kereta Proton Saga tetapi harganya mahal.

Ayat 2: Betul

Ayat 3: Gantikan perkataan "maka anda" menjadi untuk. Bernafaslah dengan teratur untuk menjadi tenang dan bersedia.

Ayat 4: Betul

Ayat 1 dan 2 sama maksud dengan ayat "Ibu melarang Aminah menyelongkar barang-barang kakaknya". 
Tatabahasa24.04.2019
Assalamualaikum. Tuan DBP saya ingin bertanya berkenan dengan istilah penggunaan nama cop di dalam jabatan saya yang bercampur dengan perkataan Bahasa Inggeris. Mohon jelaskan istilah yang sebenarnya. 1. Cop Crown 2. Cop Added 3. Cop Modified 4. Cop Deleted 5. Cop Open 6. Cop Repeat Mohon diberi makna jika ada setelah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Saya boleh dihubungi di talian 017-7267345. Sekian, terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd.Adakah cop yang tuan maksudkan ialah cap? Perkataan yang betul ialah cap, bukan cop yang banyak digunakan dalam urusan pejabat. Setiap kata tersebut boleh diterjemahkan kepada bahasa Melayu yang sempurna seperti cap mahkota/cap tajuk, cap tambahan, cap ubah suai, cap batal/cap hapus, cap buka dan cap ulang.Penyemakan dan penterjemahan13.06.2015
Selamat sejahtera. Minta tuan/puan menyemak sama ada ayat-ayat di bawah betul atau salah. Jika salah, minta tuan membetulkannya. Terima kasih. 1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan tokoh pemimpin yang berwibawa itu pingat darjah kebesaran sempena sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63. 2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya. 3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya. 4. Kamisan menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekap darah itu. 5. Anak yatim yang kami jumpa semalam menceritakan semula peristiwa yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya. 6. En. Jefridin bersetuju memperisterikan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.

Ayat yang betul ialah:

1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan pingat darjah kebesaran kepada tokoh pemimpin yang berwibawa itu bersempena dengan sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63.

2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya

3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya.

4. Kamsian menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekik darah itu.

5. Encik Jefridin bersetuju mengahwinkan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.
Tatabahasa03.05.2022
saya wakil dr syarikat ecotech motorsport sdn bhd, tujuan saya mendpt kan pengesahan @ sijil dr pihak tuan berkenan papan iklan.. terima kasihUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain26.05.2015
12

Kembali ke atas