Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.nan] | برکنن

Definisi : 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.nan] | برکنن

Definisi : 1 bersetuju di hati; gemar; suka: Ambillah buku itu jika engkau ~. 2 dgn suka hati; sudi: Baginda ~ menyampaikan hadiah kpd pemenang-pemenang dlm pertandingan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenan1
Kata Terbitan : berkenan, memperkenankan, perkenan,

Puisi
 

Singgah berlabuh di Tanjung Jati,
     Nakhodanya pakai si baju merah;
Berasa berkenan di dalam hati,
     Abang nak tegur takut dimarah.


Lihat selanjutnya...(24)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rahim berkenan bekas isteri Sudir!TiadaBerita Harian26.06.1985
Sultan Pahang berkenan baca puisiTiadaUtusan Malaysia16.09.1987
Sultan Pahang berkenan deklmasi puisi di hari sasteraTiadaUtusan Melayu16.09.1987
Sultan Pahang berkenan deklamasi puisiTiadaHarian Ekspres16.09.1987

Kembali ke atas