Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.pen.ti.ngan] | برکڤنتيڠن

Definisi : mempunyai kepentingan: tidak dibenarkan orang yg tidak ~ masuk ke dlm. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkepentingan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan perkataan berikut ke dalam bahasa melayu? stakeholder stakeholder management stakeholder engagement Terima kasih.Terjemahan perkataan berikut dalam bahasa Melayu ialah:
stakeholder = pihak berkepentingan
stakeholder management = pengurusan pihak berkepentingan
stakeholder engagement = penglibatan pihak berkepentingan
Makna11.04.2022
DEFINISI PIHAK BERKEPENTINGANKepentingan bermaksud mempunyai kepentingan, iaitu perihal sifat penting, peri mustahak, keperluan; sesuatu yang penting (dituntut, dihargai) demi kebaikan, manfaat; hak atau saham dalam sesebuah syarikat. Pihak berkepentingan boleh didefinisikan sebagai pihak yang mempunyai hak atau saham dalam sesuatu perkara, atau mempunyai keperluan, atau inginkan sesuatu manfaat.Makna01.03.2008
Salam, Sayan ingin mengetahui Stakeholder Engagement dalam Bahasa Malaysia. Terima kasih.Istilah bahasa Melayu bagi Stakeholder ialah Pihak Berkepentingan, manakala Stakeholder Engagement ialah Perjanjian Pihak Berkepentingan.Istilah17.11.2011
pakah peribahasa yang sesuai digunakan utk situasi berikut : penyiasatan kes pecah amanah itu bertambah rumit dan amat sukar ditangani seperti ...... kerana membabitkan banyak pihak yang berkepentingan. adakah jawabannya ialah duri dalam daging? atau? apa peribahasa utk menggambarkan situasi yang sukar diselesaikan kerana byk melibatkan pihak yang berkepentingan? tqBerdasarkan kata kunci  'sukar diselesaikan' ada dua peribahasa yang sesuai, iaitu 'Seperti aur ditarik songsang' dan 'Berkelahi dalam kepuk'. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukar+diselesaikan&d=11 dan klik medan 'Peribahasa'.Lain-lain28.02.2012
Salam Sejahtera, apakah perbezaan di antara pemegang taruh dan pihak berkepentingan?
stakeholder 1. (in betting, race) pemegang taruh; 2. (leg.) pemegang amanah harta. Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stakeholder pihak berkepentingan Pentadbiran Pengurusan -

Padanan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan pemegang taruh dan pihak berkepentingan ialah kedua-duanya menggunakan perkataan stakeholder. Bezanya, konsep pemegang taruh digunakan dalam sesuatu pertaruhan atau perlumbaan manakala pihak berkepentingan digunakan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.
Makna26.03.2018
maksud STAKEHOLDERS dalam bahasa Melayu dan penggunaan akauntabiliti.Terjemahannya ialah pihak berkepentingan. Akauntabiliti bermaksud kebertanggungjawaban.Istilah22.10.2007
Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah "person of interest" dalam undang-undang?Terjemahannay ialah Individu yang Berkepentingan.Istilah20.12.2018
Apa terjemahan yang diiktiraf oleh DBP bagi "key stakeholders"?"Key stakeholders" merujuk individu atau pihak utama yang berkepentingan.Makna12.11.2014
apakah peribhs utk situasi : penyiasatan kes amanah itu bertambah rumit dan amat sukar utk ditangani spt ........ kerana membabitkan byk pihak yg berkepentingan.Untuk mendapat maklmat tentang peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain17.02.2012
Apakah terjemahan menurut DBP bagi perkataan stakeholders?

En. Mohamad Saidy,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pihak berkepentingan.

Istilah06.02.2010
123

Kembali ke atas