Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.pen.ti.ngan] | برکڤنتيڠن

Definisi : mempunyai kepentingan: tidak dibenarkan orang yg tidak ~ masuk ke dlm. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkepentingan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corporate stakeholderpihak berkepentingan korporatPengurusanPerancanganIndividu, kumpulan masyarakat atau organisasi yang mempunyai kepentingan dan pengaruh terhadap aktiviti perniagaan sesebuah syarikat. Pihak berkepentingan korporat terdiri daripada pihak berkepentingan primer dan pihak berkepentingan sekunder. Pihak berkepentingan primer ialah mereka yang berkaitan secara langsung dengan aktiviti syarikat seperti pelanggan, pembekal dan pekerja. Pihak berkepentingan sekunder pula ialah pihak yang secara tidak langsung terkesan daripada tindakan syarikat seperti masyarakat, kerajaan dan kesatuan pekerja. Sebarang keputusan atau tindakan yang dilakukan oleh syarikat boleh menjejaskan pihak berkepentingan korporat, atau boleh menyebabkan syarikat dikenakan tindakan oleh pihak berkepentingan tersebut.
stakeholderpihak berkepentinganPengurusanPerancanganIndividu atau kumpulan yang secara langsung atau tidak langsung mempunyai kepentingan terhadap sesebuah organisasi. Pihak-pihak ini boleh mempengaruhi atau dipengaruhi oleh sebarang tindak-tanduk organisasi tersebut. Contohnya, pekerja, pelanggan, pemilik saham, penyumbang modal dan kerajaan ialah pihak berkepentingan kepada sesebuah organisasi perniagaan.
interest groupkumpulan berkepentinganSains PolitikHubungan AntarabangsaKumpulan yang terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai kepentingan bersama. Fungsi kumpulan ini adalah untuk menjaga kepentingan bersama anggotanya. Kumpulan ini terbahagi kepada dua, iaitu kumpulan yang memperjuangkan matlamat kebajikan untuk semua masyarakat seperti pencinta alam sekitar, pertubuhan keamanan dan pejuang keadilan, dan kumpulan yang membela kebajikan anggotanya sahaja seperti Kesatuan Sekerja dan Persatuan Nelayan. Sebahagian daripada golongan berkepentingan menjadi kumpulan pendesak apabila mereka mempengaruhi dasar sesebuah kerajaan bagi menjaga kepentingan pertubuhan tersebut.
stakeholderpihak berkepentinganPentadbiranPengurusan-
interestedada kepentingan; berkepentinganUndang-undangTiadaTiada
interested witnesssaksi berkepentinganSejarahTiadaTiada
interest groupkumpulan berkepentinganSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
corporate stakeholderpihak berkepentingan korporatPentadbiranPengurusan-
interest groupkumpulan berkepentinganSains PolitikPolitik PerbandinganLihat kelompok sekepentingan.
vested water rightshak air berkepentinganKejuruteraanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas