Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ker.di.pan] | برکرديڤن

Definisi : berkelipan atau berkedip secara berterusan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkerdipan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bintang-bintang berkerdipan di langit atau bintang berkerdipan di langit.bintang berkerdipan di langit (perkataan bintang sudah membawa makna jamak)Tatabahasa06.07.2011
bintang -bintang berkerlipan atau berkerdipanUngkapan yang betul ialah "Bintang berkerdipan".Tatabahasa16.07.2013
bintang-bintang berkerdipan... tuan, adakah ayat ini salah?Ungkapan yang betul ialah "Bintang berkerdipan".Tatabahasa03.08.2011
Yang manakah jawapan betul bagi soalan di bawah: 1. Bintang............ di angkasa. a. berkerlipan b. berkerdipan 2. ..............beri laluan, air panas. a. Tolong b. Harap1. Ungkapan yang betul ialah "Bintang berkerdipan".
2.  Jawapan yang betul ialah harap. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu.
Tatabahasa17.07.2013
Salam sejahtera tuan. Saya faham kata nama sebelum imbuhan ber...an tidak perlu digandakan kerana ber... an bermaksud banyak. Jika perkataan yang berimbuhan ber...an yang membawa erti perbuatan yang dilakukan secara berulangan seperti berkibaran, berkerdipan, bergayutan dan sebagainya. Adakah salah sekiranya kata nama yang digunakan sebelum kata-kata tersebut digandakan? Contoh: 1. a. Bendera itu berkibaran ditiup angin. b. Bendera-bendera itu berkibaran ditiup angin. 2. a. Monyet bergayutan pada dahan pokok. b. Monyet-monyet bergayutan pada dahan pokok. 3. a. Bintang berkerdipan di langit. b. Bintang-bintang berkerdipan di langit. Adakah semua ayat di atas gramatis? Sekian, terima kasih.

Perkataan seperti berkibaran, bergayutan, berkedipan, bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran, berkejaran dan sebagainya, yakni yang diimbuhkan dengan apitan beR- ... -an membawa maksud 'perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak’. Oleh itu, perkataan sebelumnya yang berupa benda, orang dan sebagainya tidak perlu digandakan.

Tatabahasa05.08.2011
Salam. tolong selesaikan masalah ini. 1. Bintang yang ( berkerlipan / berkerdipan ) di angkasa itu indah dipandang. 2. ( Harap / Tolong ) beri laluan . Makanan ini panas. Ini adalah soalan percubaan UPSR. Saya tidak tahu untuk menerangkan kepada murid saya tentang jawapan yang betul. Terima kasih.1. Bagi DBP, Kedua-dua perkataan boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. Mohon rujuk KPM atau Lembaga Peperiksaan supaya mendapat jawapan yang betul.


2. Jawapan yang betul ialah harap. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu
Tatabahasa16.07.2013
Bintang yang ........diangkasa pada waktu malam sungguh indah apabila dipandang A berkelipan B berkerdipan Dalam kamus dewan kedua dua perkataan boleh gunaMenurut Kamus Dewan, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. Saudara boleh merujuk penggubal soalan atau Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan jawapan yang tepat.Tatabahasa16.07.2013
bintang-bintang berkerdip atau bintang berkerdip-kerdipanFrasa yang betul ialah "bintang-bintang berkerdipan".Tatabahasa06.07.2011
'Nujum berkelipan di angkasa' adakah ayat ini sama maksudnya dengan Bintang berkelipan di angkasa? Terima kasih dan Assalamualaikum wbt

Nujum juga bermaksud objek di angkasa yang mengeluarkan cahaya yang kelihatan seperti titik-titik cahaya yang berkerdipan pada waktu malam: bintang. (Kamus Dewan Perdana). Ayat “Nujum berkelipan di angkasa” sama maksudnya dengan “Bintang berkelipan di angkasa”.

Lain-lain01.03.2022

Kembali ke atas