Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.ru.mun] | برکرومون

Definisi : berkumpul atau ber­himpun beramai-ramai atau banyak-banyak (berhampiran atau di sekeliling seseorang atau sesuatu), berkerubung: anak-anak muda datang ~ spt semut mendatangi gula; lalat yg ~ di tempat yg kotor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.ru.mun] | برکرومون

Definisi : berkumpul beramai-ramai di keliling sesuatu: Orang ramai ~ melihat kemalangan yg ngeri itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerumun (kata kerja)
Bersinonim dengan kelimun, kerumut;,
Kata Terbitan : berkerumun, mengerumuni,

Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di tepi lori itu banyak kanak-kanak berkerumun. (MUnsyi, saya berasa ayat ini benar kerana merupakan ayat songsang. tetapi jawaban adalah salah, apakah pendapat munsyi? TKPendapat saudara benar dan ayat itu merupakan ayat songsang.Tatabahasa04.09.2012
Yang paling tepat bagi ayat di bawah 1Orang ramai________di perhentian bas untuk pulang ke kampung. A.BERASAK-ASAK B.BEPUSU-PUSU C.BERDUYUN DUYUNKetiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi kata kerja dalam ayat tersebut. Berpusu-pusu sama maksudnya dengan berduyun-duyun, iaitu berkerumun atau bergerak beramai-ramai. Berasak-asak bermaksud  berhimpit-himpit dan bertolak-tola­kan. Jika perkataan berpusu-pusu dan berduyun-duyun setara maknanya, maka pilihan jawapan yang tepat untuk ayat tersebut ialah berasak-asak.Tatabahasa03.03.2014

Kembali ke atas