Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.rut] | برکروت

Definisi : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.rut] | برکروت

Definisi : tidak licin (bkn kulit dll); berkedut: Dahinya sudah mula ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerut (adjektif)
Bersinonim dengan kedut, ikal, keriting, lipat-lipatan, gelembur;,
Kata Terbitan : berkerut, kerutan, mengerutkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quiltedberkerutPerhutananTiadaTiada
crimpingberkerutPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPerihal permukaan kayu gergaji yang menjadi kerekot atau beralun akibat kadar kecutan yang berbeza antara kayu awal dan kayu akhir, atau pengempisan sel semasa pengeringan. Kejadian ini mudah berlaku pada spesies kayu yang mempunyai perbezaan ketumpatan kayu awal dan kayu akhir yang besar.
crimping (seasoning)kayu berkerut (pengeringan)PerhutananTiadaTiada
shriveberkeriputPentadbiran PerniagaanTiadaMenjadi kering dan berkerut-kerut atau berkedut-kedut kerana haba, kering atau tua.
crepe materialfabrik krepKesenianTiadaFabrik yang dibuat daripada sutera, rayon, asetet, kapas, benang sayat, gentian buatan atau campuran gentian-gentian itu yang bercirikan kesan permukaan yang berkerut.
warpmenggeledingPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKeadaan kayu gergaji dan hasil kayu lain yang membengkok dan yang satah permukaannya menyimpang daripada satah asalnya. Keadaan ini terjadi semasa pengeringan kayu akibat kadar kecutan dan tegasan permukaan yang berbeza. Pengeledingan kayu termasuk lengkung seludang, lengkung sabut, piuh, genjangan, keadaaan berkerut atau gabungan cacat-cacat di atas.

Kembali ke atas