Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.san] | برکسن

Definisi : 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menimbulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkem­bangan dsb), efektif: kerajaan akan meneru-kan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.san] | برکسن

Definisi : 1 meninggalkan kesan atau bekas: Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2 menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll: Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
contoh ayat: langkah yang berkesan harus diambil untuk membendung masalah penganiayaan kanak-kanak. Mana satu jawapan yang betul : langkah yang berkesan atau langkah-langkah yang berkesanJawapan yang betul ialah langkah-langkah yang berkesan.Tatabahasa31.05.2013
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan "keberkesanan". Soalan saya: 1. Apakah kata dasar perkataan tersebut ialah "berkesan"? 2. Jika kata akarnya ialah "berkesan", apakah justifikasi yang digunakan? Mengapa kata "kesan" tidak dianggap sebagai kata akarnya?Berkesan dan keberkesanan, kata dasar kedua-dua kata tersebut ialah "kesan".Tatabahasa18.07.2008
Assalamualaikum wbh. Mohon pencerahan untuk penambahbaikan struktur ayat berikut: Pelajar dapat menggunakan kemahiran komunikasi yang berkesan secara lisan dan penulisan untuk menyampaikan idea dan maklumat atau; Pelajar dapat menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan bertulis. Ayat yang mana lebih tepat penggunaannya? Terima kasih.Cadangan kami, "Dengan kemahiran komunikasi yang berkesan, pelajar dapat menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan tulisan". Tatabahasa07.02.2022
assalamualaikum .. boleh menyatakan ciri-ciri penulisan surat berkesan dari segi penjelasan dan ketelitian .. tolong jelaskanCiri-ciri penulisan surat yang berkesan ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai.Yang paling utama, hendaklah menggunakan format surat yang tepat iaitu surat rasmi ataupun surat tak rasmi. Saudara, boleh merujuk buku-buku yang berkaitan untuk maklumat lanjut.Lain-lain18.02.2013
Kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyebabkan sesuatu pembelajaran itu tidak dapat disampaikan dengan baik dan berkesan. (i) Kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (ii) tidak dapat disampaikan dengan baik dan berkesan Adakah kedua-dua frasa tersebut gramatis?

Kedua-dua frasa, iaitu  “Kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)” dan “tidak dapat disampaikan dengan baik dan berkesan”  dalam contoh ayat yang diberikan adalah gramatis.

Tatabahasa14.03.2022
Assalamualaikum, saya ingin bertanya, bagaimanakah caranya untuk meningkatkan penggunaan imbuhan yang betul di kalangan pelajar? adakah pihak tuan mempunyai cara-cara yang lebih berkesan yang boleh dikongsi bersama? Terima Kasih.Jwpn: Anda harus menjadikan buku Tatabahasa Dewan sebagai bahan rujukan, pengajaran yg paling berkesan dan utama dalam proses pembelajaran. Latih tubi juga berkesan selain mengulangi pelajaran sehingga pelajaran benar-benar menguasai pelajaran.Lain-lain18.12.2006
Saya hendak bertanya bahawa adakah anda menggunakan sebuah buku yang bernama Buku Tatabahasa Dewan untuk menjawab soalan saya? Adakah buku itu sangat berkesan dalam mempelajari Tatabahasa?Benar, buku Tatabahasa Dewan sangat berkesan untuk dijadikan panduan dalam pembelajaran tatabahasa Melayu.Lain-lain28.04.2014
pembetulan ayat Pengkhususan pada minggu hadapan adalah berkaitan dengan cara-cara yang berkesan untuk menarik minat pelajar untuk belajar

Pembetulan ayat: Pengkhususan topik pada minggu hadapan adalah berkaitan cara-cara belajar yang berkesan untuk menarik minat pelajar.  

Tatabahasa14.09.2020
apakah maksud wadah paling berkesan?wadah 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan, medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi, dan bermacam-macam lagi , mungkin makna yang saudara maksudkan maksud yang kedua, iaitu sebagai asas/alat/medan yang paling berkesan.Makna16.10.2007
Adakah terjermahan berikut daripada BI ke BM betul? BI: It is an effective repellent against mosquitoes that transmit dreaful diseases. BM: Ia merupakan penghalau yang berkesan terhadap nyamuk yang menularkan penyakit-penyakit yang mengerikan.

Kami mencadangkan terjemahan berikut “Bahan penghalau ini berkesan terhadap nyamuk yang membawa penyakit berbahaya” Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.

             Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. untuk mendapatkan terjemahan yang lebih tepat.

Penyemakan dan penterjemahan08.03.2023
12345678910...

Kembali ke atas