Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.san] | برکسن

Definisi : 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menimbulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkem­bangan dsb), efektif: kerajaan akan meneru-kan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.san] | برکسن

Definisi : 1 meninggalkan kesan atau bekas: Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2 menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll: Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Berkesan dan penuh dramatik - cerpen Tiada2013978-967-0335-62-9
Penulisan berkesan:media cetak,elektronik dan webPerunding Kreatif StrategiTiada2008978-983-42919-9-9-0
Komunikasi berkesan hubungan interpersonalInstitut Tadbiran Awam Negara (INTAN)Tiada2000967-9933-74-1
Penyeliaan BerkesanUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2001967-61-1197-X
Komunikasi berkesan-perhubungan interpersonalInstitut Tadbiran Awam Negara (INTAN)Tiada2000967-9933-74-1
Komunikasi Berkesan: penulisan berita, rencana dan ulasanPenerbit Fajar Bakti Sdn BhdTiada1997967-65-3590-7
Komunikasi berkesan Tiada  
Penulisan berkesan - media cetak, elektronik dan webPerunding Kreatif StrategiTiada2008978-983-42919-9-0
Kursus Komunikasi BerkesanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Kaedah komunikasi berkesanPTS Publications & Distributors Sdn BhdTiada2001983-2311-05-5
12345678910

Kembali ke atas