Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.san] | برکسن

Definisi : 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menimbulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkem­bangan dsb), efektif: kerajaan akan meneru-kan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.san] | برکسن

Definisi : 1 meninggalkan kesan atau bekas: Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2 menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll: Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
effective areakawasan berkesan; luas berkesanGeografiTiadaTiada
effective areakawasan berkesan; luas berkesanKejuruteraanTiadaTiada
effective areakawasan berkesan; luas berkesanGeologiTiadaTiada
effective areakawasan berkesan; luas berkesanGeografiTiadaTiada
effective diameterdiameter berkesan/garis pusat berkesanKomunikasi MassaTiadaTiada
effective diameterdiameter berkesan/garis pusat berkesanKejuruteraanTiadaTiada
effective diameterdiameter berkesan/garis pusat berkesanGeologiTiadaDiameter zarah di dalam batuan atau tanih yang diandaikan dapat mengalirkan air pada kadar yang sama seperti batuan atau tanih yang sedang dipertimbangkan, dan yang terdiri daripada zarah-zarah berbentuk sfera yang sama saiznya dan tersusun dalam cara yang khusus.
effective diameterdiameter berkesan/garis pusat berkesanGeografiTiadaTiada
wattless powerkuasa tanpa wattTeknikElektrikKuasa yang tidak memberikan sebarang sumbangan terhadap arus yang mengalir di dalam lirar arus ulang-alik disebabkan oleh regangan. Kuasa ini diperoleh daripada hasil darab antara arus berkesan, voltan berkesan, dan sinus sudut fasa di antara arus dengan voltan. Sinonim kuasa regangan.
effective dosedos berkesanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJumlah dos sinaran yang diterima oleh keseluruhan tubuh untuk memberikan kesan kesihatan kepada individu. Jumlah dos berkesan yang diterima oleh individu dikira dengan mengira purata dos setara untuk tisu badan yang berbeza dengan mendarabkan faktor pemberat W bagi menggambarkan kesan yang berbeza-beza ke atas tisu yang berlainan. Formula bagi dos berkesan diberi sebagai E = WH, E = Dos berkesan W = Faktor pemberat H = Dos setara
12345678910...

Kembali ke atas