Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.u.pa.ya.an] | برکأوڤاياءن

Definisi : mempunyai keupayaan: satu variasi yg lengkap dan sempurna, ~ memperkatakan semua gejala dlm masyarakat kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan "berupaya" dan "berkeupayaan"

“Berupaya” bermaksud berkebolehan atau mampu untuk membuat sesuatu, berusaha dengan sekuat daya, tenaga dan sebagainya manakala “berkeupayaan” bermaksud mempunyai keupayaan untuk membuat sesuatu.

Makna02.11.2021
bagaimanakah membezakan 'boleh' dengan 'dapat'?Boleh dan dapat membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Terima kasih.Makna10.10.2008
Apakah perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh" ?

Saudara Nabihah,

"Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki).  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 259.

Makna31.12.2009
apakah perbezaan penggunaan kata dapat dan boleh? bagaimanakah untuk bezakan situ dan sana,

"Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki).

Situ = (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara) manakala sana = tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk Kamus Dewan edisi ke-4.

Makna12.08.2009
Mohon bantuan untuk semakan definisi ini sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa : 1. Literasi Maklumat Literasi Maklumat (LM) adalah satu keupayaan bagi memperkasa individu untuk mengenal pasui, menilal, mengurus, mencipta dan menyebar maklumat yang diperlukan dalam pelbagai medium dan format secara beretika untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. 2. Celik Maklumat - Individu celik maklumat berkeupayaan untuk: 1. Mengenal pasti maklumat untuk keperluan semasa Membina strategi pencarian maklumat secara efektif dan efisien 2. Menilai maklumat yang diperoleh secara kritis untuk mendapat maklumat berkualiti. 3. Mengurus maklumat dalam pelbagai medium dan format secara sistematik 4. Mengguna maklumat secara beretika dengan memahami isu-isu berkaitan dengan penggunaan maklumat tersebut 5. Mencipta ilmu baharu berasaskan maklumat yang diperoleh untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat 6. Menyebar dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dengan individu lain serta masyarakat sivik melalui pelbagai medium dan format. Kerjasama dan bantuan tuan/puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih

1. Literasi Maklumat (LM) adalah suatu keupayaan individu untuk mencari maklumat,  mengenal pasti, menilai, mengurus, mencipta dan menyebarkan maklumat yang diperlukan dalam pelbagai medium dan format secara beretika untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat. 2. Celik Maklumat - Individu celik maklumat berkeupayaan untuk: 1. Mengenal pasti maklumat untuk keperluan semasa dan membina strategi pencarian maklumat secara efektif dan efisien 2. Keupayaan mengakses dan menilai maklumat yang diperoleh secara kritis untuk mendapatkan maklumat berkualiti. 3. Menguruskan maklumat dalam pelbagai medium dan format secara sistematik 4. Menggunakan maklumat secara beretika dengan memahami isu-isu berkaitan dengan penggunaan maklumat tersebut 5. Mencipta ilmu baharu berasaskan maklumat yang diperoleh untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat 6. Menyampaikan dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dengan individu lain serta masyarakat melalui pelbagai medium dan format.  

Tatabahasa23.09.2022
Apakah perbezaan antara "dapat" dengan "boleh"?

"Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki).

Tatabahasa29.12.2009
Apakah perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh"?

"Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki).

Tatabahasa29.12.2009
Pertanyaan: Manakah ayat yang betul: Pemandu yang mabuk dapat menyebabkan berlakunya kemalangan. (ATAU) Pemandu yang mabuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Aini mendapat tempat pertama di dalam kelas. (ATAU)Aini mendapat tempat pertama di dalam kelas. Saya masih keliru penggunaan kata "BOLEH" dan "DAPAT" walaupun sudah mengetahui BOLEH mendukung maksud keizinan manakala DAPAT bermaksud berkeupayaan atau mampu

1. Pemnadu yang mabuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. 2. Aini mendapat tempat pertama dalam kelas.

Tatabahasa15.07.2010
Saya memerlukan penerangan atau penjelasan yang terperinci tentang pengunaan perkataan dapat dan boleh. Bolehkah pihak DBP membantu saya?"Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki).Tatabahasa18.09.2010
Salam sejahtera... 1. Adakah perkataan "keliru" tergolong dalam kata adjektif atau kata kerja ? 2. Apakah perbezaan penggunaan kata "boleh" dan "dapat" ? 3. "Harjit gagal dalam ujian itu kerana tidak menduduki peperiksaan". Yang manakah klausa utama dalam ayat tersebut ? Terima kasih.

1. Perkataan keliru boleh tergolong dalam kata adjektif dan juga kata kerja.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, boleh bermaksud 1. dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; manakala dapat bermaksud 1. boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha.

3. Klausa utama dalam ayat itu ialah Harjit gagal dalam ujian itu. Keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman433. 

Tatabahasa23.10.2009
12

Kembali ke atas