Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.u.pa.ya.an] | برکأوڤاياءن

Definisi : mempunyai keupayaan: satu variasi yg lengkap dan sempurna, ~ memperkatakan semua gejala dlm masyarakat kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anti-satellite weapon (ASAT))senjata antisatelitSains PolitikHubungan AntarabangsaSenjata yang berkeupayaan untuk menyalurkan maklumat mengenai sistem dunia. Sebahagian daripada fungsinya adalah untuk strategi ketenteraan. Pemimpin negara yang mempunyai keupayaan membangunkan teknologi yang canggih ini berkeupayaan untuk memantau pihak musuh. Daripada segi sejarah, Kesatuan Soviet (USSR) dan Amerika Syarikat telah membangunkan teknologi ASAT sejak tahun 1960-an. USSR membangunkan persenjataan ini pada tahun 1968, manakala Amerika Syarikat pula membangunkan teknologi ASAT melalui program Inisiatif Pertahanan Strategik (SDI) yang berjaya menghasilkan roket pemintas. Persenjataan kedua-dua negara ini ialah jenis bukan nuklear.
macaroni rigrig makaroniKejuruteraanPetroleumRig ulang kerja yang biasanya berkeupayaan kecil yang dibina khas untuk mengendalikan operasi memasukkan atau mengangkat tetiub atau paip yang mempunyai garis pusat kecil (lebih kecil atau sama dengan satu inci) ke dalam atau ke luar lubang telaga. Kos penggunaan rig ini relatif lebih murah jika dibandingkan dengan kos penggunaan rig-rig yang berkeupayaan lebih tinggi.
conscioussedarPerubatanTiadaBerkeupayaan bertindak balas dan menjawab soalan yang dikemukakan dengan munasabah.
photovoltaicfotovoltaKejuruteraanTiadaBerkeupayaan menjana voltan apabila terdedah kepada sinaran cahaya.
autooxidisableterautooksidakanKimiaTiadaBerkeupayaan untuk diautooksidakan.
phagocytefagositPerubatanTiadaSel yang berkeupayaan menginges dan memusnahkan zarah-zarah asing.
adhesivepelekatKimiaTiadaBahan yang berkeupayaan mengikat bahan lain secara pelekatan permukaan. Misalnya, simen fosfat, gam, dan glu.
surgeluruanTeknikElektrik1. Gelombang berkeupayaan tinggi dalam talian penghantaran atau sebarang sistem lain yang naik mendadak disebabkan lejang kilat atau cas yang teraruh oleh kilat atau penukaran mengejut beza upaya yang disebabkan oleh litar pintas atau semasa mematikan/menghidupkan suis berbeban besar. 2. Keadaan voltan yang turun-naik silih berganti disebabkan keadaan tertentu, seperti semasa membuka dan menutup suis dan semasa keadaan cuaca kilat. 3. Nilai arus atau voltan dalam litar aruhan yang melebihi nilai biasa.
amphotericamfoterikKimiaTiadaPerihal sebatian yang berkeupayaan untuk bertindak sebagai asid dan bes.
academic aptitudekecenderungan akademikPendidikanTiada1. Berkeupayaan menyelesaikan masalah yang abstrak secara intelek. 2. Kebolehan yang sedia ada dan diperoleh melalui pembelajaran yang diperlukan untuk kejayaan dalam situasi persekolahan. 3. Gabungan ciri peribadi dan tingkah laku yang diperlukan untuk kejayaan dalam situasi pembelajaran.
12345678910...

Kembali ke atas