Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kha.tan] | برختن

Definisi : bersunat, bersuci, potong kulup: orang Islam ~ sewaktu masih kecil lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kha.tan] | برختن

Definisi : bersunat; bersuci; masuk jawi: Saya ~ ketika berumur sepuluh tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkhatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BERKHATAN

BERKHATAN,  proses memotong kulit hujung zakar lelaki atau mengupas penutup kelentit perempuan.  Berkhatan juga dikenal sebagai bersunat atau masuk jawi.  Biasanya berkhatan dilakukan sewaktu seseorang itu kanak-kanak lagi.  Proses ini dilakukan dengan tujuan untuk mendedahkan kepada zakar dan kelentit bagi membersihkan segala kotoran pada takuk zakar dan kelentit itu.

BUDAYAPerayaan/Upacara
DIKIR REBANADIKIR REBANA, nyanyian tradisional berunsur keagamaan yang terkenal di Pahang yang disebut juga dikir Pahang. Dikir ini dinamakan dikir rebana kerana orang yang berdikir menggunakan rebana sebagai alat pengiring. Dikir rebana dinyanyikan dalam upacara tertentu seperti perkahwinan, kenduri kesyukuran, majlis berkhatan dan perayaan maulid Nabi.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
GENDANG KELING

GENDANG KELING, persembahan muzik instrumental yang popular di Kedah dan Perlis. Istilah gendang keling merupakan singkatan daripada ‘gendang keliling’. Biasanya, gendang keling dipersembahkan dalam upacara edaran hidup seperti majlis berkhatan dan perkahwinan.

BUDAYAAlat/Alatan
TERINAI

TERINAI, tarian Melayu tradisional berasal daripada gabungan perkataan ‘tari’ dan ‘inai’. Tarian terinai amat popular di negeri Perlis semasa pemerintahan Raja Syed Saffi Jamalullail (1837 – 1905). Selain di Perlis, tarian ini juga terdapat di negeri Kelantan dan Perak. Ia merupakan tarian istana, ditarikan pada hari berkhatan anak orang besar-besar atau ditarikan oleh dayang-dayang istana ketika mengutip bunga di dalam taman.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
HADRAH

HADRAH, seni pentas yang mengandungi nyanyian, tarian dan lakonan diiringi paluan rebana dan gong. Hadrah mempunyai kaitan dengan zaman awal Tamadun Islam di Tanah Arab kerana nyanyian hadrah mengandungi perkataan Arab. Hadrah biasanya dipersembahkan dalam majlis perkahwinan atau berkhatan di Perlis, Kedah, Seberang Perai dan Perak.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
GHAZAL

GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas