Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kias] | برقياس

Definisi : berkata-kata dgn menggunakan kias (sindiran), beribarat: aku tak pandai ~, tak pandai beribarat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kias] | برقياس

Definisi : bercakap dgn menggunakan kias; beribarat. mengias menyindir. mengiaskan 1 menjadikan sesuatu sbg kias; meneladankan; mengibaratkan: Pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak bercakap sbg tong yg separuh berisi. 2 menyatakan sesuatu dgn berkias utk dikenakan (ditujukan) kpd: Mak Piah pernah ~ hal itu kpd anaknya supaya berumah tangga. kiasan 1 contoh; teladan (dlm cerita dll). 2 sindiran. 3 ibarat; perumpamaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kias
Kata Terbitan : berkias, berkias-kiasan, mengias, mengiaskan, kiasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah pantun sya ini betul jika slah boleh betulkan dan jelaskan terima kasih kerana sudi menjawabAssalamuaikum,

Saya telah membaca pantun tersebut. Tahniah kerana mencuba.  Berkenaan dengan pantun tersebut perlu diteliti lagi terutamanya dari segi skema rima akhir pantun 4 kerat yang sebaiknya ab;ab.  Pantun 2 kerat biasa menggunakan skema a;a. Walau bagaimanapun ada beberapa rangkap pantun yang mempunyai pembayang dan skema rima akhir yang baik
(ab;ab).
- Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu  menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.
contoh: Petik manggis di waktu senja,
             Dimakan satu isinya putih;
             Antara manis dengan manja,
             Yang mana satu tuan pilih.

- kebanyakan contoh pantun tersebut masih terkeliru dengan syair (aa;aa) dan keseluruhan rangkap adalah isi, yang dengan jelas memperlihatkan makna tanpa berkias contohnya; 
    Sungguh lama kaki berjalan / terasa penat seluruh badan/ belajar dulu berkasih kemudian/ Barulah hidup luas ke depan.

Bagi pantun kanak-kanak pula setiap hampir semua baris dalam setiap rangkap lebih jelas kepada maksud, bukan pembayang.  ada  pantun tersebut jika dipisah-pisahkan menjadi pantun dua kerat.

sekian, terima kasih.



Sastera06.05.2012
Anggun's Literature SEL 2.50 PTG Apa pula maksudnya kalau diasingkan baris demi baris. Contohnya, maksud 'Kelip-kelip kusangka api' Adakah membawa maksud fitnah?“Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya” ialah pembayang maksud pantun. “Hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya” pula ialah maksud sebenar yang hendak disampaikan. Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.Lain-lain06.06.2017
Adakah terjemahan dibawah boleh diterima? The Subtle Art Of Not Giving A Fuck - Sebuah seni untuk bersikap tidak ambil peduli. Terima kasih.

Dalam konteks dan budaya Melayu secara khususnya dan Malaysia secara amnya tidak wujud “satu seni” untuk tidak mempedulikan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika hal tersebut mengandungi unsur tabu seperti mencarut dan hal yang berunsurkan kelucahan, jika wujud pun, hal sedemikian akan wujud secara “berselindung”, disampaikan secara berkias atau dianggap sesuatu yang kasar.  Merujuk kepada The Subtle Art Of Not Giving A Fuck frasa ini boleh ditafsirkan “tidak peduli” atau “tidak kisah”.

Lain-lain11.04.2022
Saya ingin bertanya perbezaan ayat-ayat sindiran & ironi dalam bahasa melayu. Saya sedang melakukan penyelidikan dalam bidang ini dan perlukan pengesahan. Untuk makluman, saya sudah ada dataset ayat-ayat sindiran dan ironi, ini saya collect dari social media data seperti facebook comment & twitter comment. Cuma, saya perlukan pengesahan dan nasihat dari pakar bahasa di DBPi untuk menentukan aya-ayat dari dataset saya ini sama ada berbentuk sinidiran atau ironi. Sebagai contoh, secara manual, saya menganalisa 2 ayat ini yang diambil pada komen di Facebook pada posting mengenai Bajet 2024 adalah seperti dibawah; 1. Perkukuh ekonomi negara je, ekonomi rakyat hampeh, duit melayang, habis kami semua dikerjakan (SINDIRAN). 2. Bajet dari kerajaan paling BAGUS di dunia. (IRONI) Saya diberitahu daripada team kajian saya bahawa saya boleh menghubungi pihak DBP untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar bahasa mengenai kajian saya ini. Jadi, saya memerlukan khidmat nasihat & pengesahan sekiranya ada Pakar Bahasa Melayu dari DBP yang dapat membantu kajian saya, mungkin kita boleh berjumpa dan berbincang secara terperinci. Terima kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, sindiran bermaksud kata-kata sinis atau tajam yang disampaikan secara berkias atau secara tidak terus terang, biasanya untuk bergurau, menegur kesalahan seseorang, meluahkan perasaan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Ironi pula bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya.

Untuk data penyelidikan seperti yang dimaklumkan, puan perlulah menjalankan penyelidikan dan analisis berdasarkan kajian puan. Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan analisis data atau kajian bagi penyelidikan. Bagi membantu puan menyelesaikan tugasan ini, puan boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan seperti Kamus Dewan Perdana dan Tatabahasa Dewan Edisi Keempat.

Lain-lain20.12.2023

Kembali ke atas