Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.lat] | برکيلت

Definisi : 1. memancarkan kilat, mengeluar­kan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat ber­sinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ki.lat] | برکيلت

Definisi : mengeluarkan kilat; bercahaya; berkilau: Kasutnya hitam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkilat

Puisi
 

Sikat rambut berkilat-kilat,
     Tikar bantal dengan tilam;
Minum sedikit menjadi ubat,
     Tuan laksana air nilam.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Di luar berkilat di dalam berongga.

Bermaksud :

Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
berkilatshinySifat sesuatu objek yang kelihatan bersinar. Contohnya, barang kemas dan kerajang aluminium. Lihat RajahSekolah Rendah
peraksilverLogam yang berkilat dan keputih-putihan. Contohnya, cincin perak. Lihat RajahSekolah Rendah
besiironLogam yang kuat, berkilat dan mempunyai banyak kegunaan. Besi merupakan konduktor elektrik dan haba yang baik.Menengah Rendah
besiironSejenis logam kelabu berkilat yang keras dan bersifat magnetik. Besi digunakan untuk membuat alatan dan membina bangunan.Sekolah Rendah
berlilinwaxyKeadaan permukaan yang berkilat, licin dan bersifat kalis air. Lihat RajahSekolah Rendah
logammetalUnsur kimia yang bersifat keras, berkilat, padu, boleh ditempa dan merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik.Menengah Rendah
pemantul satahplane reflectorSatah kaca atau logam berkilat yang memantulkan cahaya ke arah yang dikehendaki.Menengah Atas
logammetalUnsur yang mudah membentuk ion positif, mengkonduksi haba dan elektrik, mempunyai permukaan yang berkilat, mulur, dan boleh ditempa. Contohnya, kuprum, plumbum, natrium, dan aluminium.Menengah Atas

Kembali ke atas