Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.lat] | برکيلت

Definisi : 1. memancarkan kilat, mengeluar­kan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat ber­sinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ki.lat] | برکيلت

Definisi : mengeluarkan kilat; bercahaya; berkilau: Kasutnya hitam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkilat

Puisi
 

Sikat rambut berkilat-kilat,
     Tikar bantal dengan tilam;
Minum sedikit menjadi ubat,
     Tuan laksana air nilam.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Di luar berkilat di dalam berongga.

Bermaksud :

Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUTERA

Sutera ialah gentian yang kuat dan berkilat

(bahan seperti benang) yang digunakan untuk

membuat kain. Sutera mempunyai kecantikan

semula jadi yang tidak dimiliki oleh kain jenis lain.

Oleh sebab itulah kain sutera sering kali disebut

sebagai raja segala gentian. Serat sutera dihasilkan

daripada kokun ulat yang dikenali sebagai ulat

sutera. Banyak haiwan lain, termasuk labah-labah

dan lacewing menghasilkan benang sutera. Tetapi

sutera yang dihasilkan itu tidak dapat dibuat kain

secara ekonomi.

UMUM 
DAMASK

Damask ialah sejenis gentian fabrik yang teguh,

berkilat, yang boleh ditenun daripada sebarang

serat. Bentuk jalinannya yang rata boleh dilihat

pada kedua-dua belah fabrik ini. Damask asalnya

ialah serat sutera asli yang dihasilkan di China.

Para pedagang memperkenalkan fabrik ini ke

Eropah melalui Damascus, Syria.

UMUM 
KEMATU

Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan

berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit).

Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis

(lapisan kulit yang lebih dalam) dan

menyebabkannya menjadi nipis dan lembut.

Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya

kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada

sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang

tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu

mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada

badan apabila tekanan dan geseran mencederakan

kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara

jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan

sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh.

UMUM 
ZINK

Zink, unsur kimia dengan simbol Zn, ialah logam

berkilat berwarna putih kebiruan. Logam ini

penting dalam industri. Zink boleh dijadikan

pelbagai bentuk dengan kaedah kerja logam

biasa. Logam seperti besi dan keluli boleh

digalvani – iaitu, disalut dengan zink – untuk

mencegahnya daripada berkarat. Logam

bergalvani digunakan untuk membuat talang

bumbung, lapik tangki.

UMUM 
KEKABU

Kekabu ialah serat bak kapas yang ringan, lembut

dan berkilat. Ia terdiri daripada terutamanya

selulos bahan tumbuhan. Kekabu datangnya

daripada lenggai biji kekabu. Pokok kekabu

tumbuh di Indonesia, Malaysia, Filipina, India, Sri

Lanka, bahagian tropika Amerika dan Afrika.

UMUM 
ANJING LAUT

Anjing laut ialah mamalia laut yang kelihatan

licin berkilat dengan badannya berbentuk seperti

tornado. Anjing laut ialah perenang yang

terhandal dan menghabiskan banyak masa dalam

air.

UMUM 
KROMIUM

Kromium elemen kimia, ialah logam kelabu,

yang berkilat dan agak lembut. Ia juga dikenali sebagai

krom dan simbol kimianya ialah Cr.

UMUM 
KALKOSIT

Kalkosit ialah bijih penting bagi tembaga.

Formula kimianya ialah Cu2S. Kalkosit berwarna

kelabu plumbum berkilat yang bertukar menjadi

hitam apabila terdedah kepada udara.

UMUM 
KOWRI

Kowri ialah sejenis siput laut yang cangkerangnya

berwarna-warni dan berkilat.

UMUM 
PALADIUM

Paladium ialah unsur kimia dengan simbol Pd. Ia

ialah logam lembut, berkilat, berwarna putih

keperakan. Paladium adalah satu daripada enam

logam platinum, dan agak nadir (lihat Platinum).

UMUM 
123

Kembali ke atas