Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kon.flik] | برکونفليک

Definisi : berselisihan, bertentangan, ter­libat dlm sesuatu konflik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkonflik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
good officejasa baikSains PolitikHubungan AntarabangsaIkhtiar yang diberikan oleh pihak ketiga bagi memulihkan atau meredakan ketegangan dalam hubungan antara pihak yang berkonflik. Jasa baik ini biasanya diberikan oleh pihak ketiga kepada pihak yang berkonflik seperti menghantar perunding atau menyediakan tempat bagi membawa kesemua pihak yang berkonflik untuk bersemuka. Contohnya, Malaysia telah menawarkan jasa baiknya untuk mempertemukan pihak pejuang Pembebasan Islam Moro di Filipina dengan kerajaan Filipina.
buffer statenegara penampanSains PolitikHubungan AntarabangsaNegara yang terletak antara dua pihak yang berkonflik. Negara ini berkedudukan sebagai penampan yang boleh meredakan atau mengelakkan bahaya peperangan terbuka antara dua negara yang berkonflik tersebut. Negara penampan merupakan sebahagian daripada konsep teori imbangan kuasa yang digunakan oleh pakar kajian strategik dan diplomasi Eropah pada abad ke-17. Contohnya, Mongolia merupakan penampan antara negara China dengan Rusia. Sinonim negara penyangga.
unconflicted adherencepegangan tak berkonflikPsikologiTiadaTiada
conflict-habituated marriageperkahwinan berkonflikSosiologi KeluargaTiada-
win-lose conflict situationsituasi konflik menang kalahPentadbiranTiadaKeadaan dalam model konflik kontingensi yang mempunyai lebih banyak matlamat berkonflik daripada matlamat bersama.
political cleavagebelahan politikSains PolitikPolitik PerbandinganGambaran bahawa terdapatnya konflik atau perpecahan dalam sesebuah masyarakat sama ada dalam bentuk etnik, kelas mahupun ideologi. Kehadiran kelompok-kelompok yang berkonflik antara satu sama lain ini menggambarkan masyarakat tersebut mempunyai berbagai-bagai kelompok yang berbeza aliran, kaum dan kelas. Oleh sebab mahu mempertahankan kepentingan dan hak, maka kelompok-kelompok ini sering mengalami pertentangan dan menyebabkan kesepaduan tidak dapat diwujudkan. Belahan politik ini berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Terdapat masyarakat yang tinggi belahannya seperti di India dan terdapat juga yang sedikit seperti di Brunei Darussalam.
abstainberkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganTingkah laku aktor politik sama ada individu, kelompok atau negara yang tidak mahu campur tangan, terlibat atau menyokong mana-mana pihak yang sedang bersaing dan berkonflik. Pendirian ini merupakan darjah berkecuali yang sangat tinggi berbanding dengan dasar neutralisme. Contohnya, Switzerland dianggap sebagai negara yang mengamalkan dasar berkecuali ini dalam pelbagai isu dan konflik dunia.
arbitratemenimbang taraSains PolitikHubungan AntarabangsaKaedah yang digunakan bagi menyelesaikan konflik antara negara yang bertelagah dalam sesuatu isu. Terdapat dua ciri utama menimbang tara, iaitu pertama sebagai proses mencari penyelesaian yang memerlukan kedua-dua pihak yang berkonflik secara sukarela memberikan hak kepada pihak ketiga sebagai pengadil. Kedua, biasanya pihak pengadilan bebas dan tidak terikat dengan sesuatu set peraturan yang khusus. Sejarah kaedah tersebut bermula di Hague hasil persidangan perdamaian antarabangsa yang diadakan pada tahun 1899. Mahkamah menimbang tara ini kekal di Hague sehingga kini. Terdapat banyak kes konflik yang berjaya diselesaikan. Walaupun tidak terdapat badan penguatkuasaan terhadap keputusan yang dibuat melalui mekanisme pengadilan ini, kebanyakan keputusan dipatuhi oleh pihak yang bertelagah. Contohnya, keputusan pertikaian antara Malaysia dengan Indonesia dalam isu tuntutan bertindih Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang memberi hak milik kepada Malaysia telah dipatuhi oleh kedua-dua pihak.
neo-Freudian theoryteori neo-FreudianPsikologiPsikologi UmumTeori yang dipelopori oleh pengikut setia Freud yang mengekalkan sebahagian daripada teori Freud dan mengubahsuaikan sebahagian yang lain. Salah seorang pengikut Freud, iaitu Horney menyatakan bahawa kanak-kanak yang berkonflik dengan ibu bapa mereka bukan disebabkan oleh dorongan seksual tetapi kerana sikap ibu bapa yang suka menghalang kehendak mereka. Teori neo-Freud mengekalkan konsep represi yang boleh menimbulkan kebimbangan di samping menekankan pengaruh budaya dan sosial.
disintegrationperpecahanSains PolitikPolitik PerbandinganSituasi atau keadaan berpecah belah yang wujud dalam sesebuah masyarakat atau negara akibat daripada perbezaan pendapat, kepuakan, tuntutan autonomi pentadbiran dan persaingan politik. Perpecahan ini biasanya wujud dalam masyarakat yang bersifat majmuk. Situasi ini biasanya mengakibatkan masyarakat atau negara berkonflik sesama sendiri. Konflik ini boleh bersifat permusuhan, pemisahan kawasan, pergaduhan kecil atau peperangan terbuka. Perpecahan boleh menyebabkan struktur negara tersebut berubah daripada sifat asalnya kepada penubuhan negara baru manakala perpecahan masyarakat pula akan menggugat kesepaduan sesama anggota. Contohnya, perang saudara yang berlaku di negara bekas Yugoslavia pada dekad l990-an telah menyebabkan perpecahan di negara tersebut.
12

Kembali ke atas