Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kong.si] | برکوڠسي

Definisi : 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kong.si] | برکوڠسي

Definisi : bersekutu utk sesuatu kegiatan; berpakat: Tiga orang pemuda telah ~ membuka sebuah kedai runcit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kongsi (kata nama)
Bersinonim dengan sekutu, gabungan, kumpulan, syarikat;,
Kata Terbitan : berkongsi, perkongsian,

Peribahasa

Suarang diagih,
     sekutu dibelah.

Bermaksud :

Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Buntar dikeping, suarang diagih).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sharing of choiceperkongsian pilihanEkonomiEkonomi IslamPersetujuan yang terbentuk apabila pihak yang terlibat mempunyai pilihan melakukan atau tidak melakukan perkongsian dan menerima atau menolak perkongsian. Contohnya, persetujuan berkongsi membeli barang, berkongsi menerima hadiah dan berkongsi menerima harta yang diwasiatkan. Sinonim syarikah ikhtiyar.
khalitpihak berkongsiPerniagaan IslamTiadaIndividu yang berkongsi hak milik sesuatu barangan atau faedah, seperti berkongsi air atau jalan.
bai‘ isyrakjual beli berkongsiPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli aset secara berkongsi pada harga tawaran asal tanpa salah satu pihak mendapat keuntungan. Contohnya, A telah mendapat tawaran pembelian tanah dua hektar pada harga RM90,000 sehektar, tetapi tidak mampu dan telah mencari rakan kongsi untuk membeli tanah berkenaan. Pihak A mestilah memaklumkan harga tawaran asal kepada rakan kongsinya. Sinonim isyrak.
equity based Islamic bondbon Islam asas ekuitiEkonomiEkonomi IslamBon yang membolehkan milikan bersama dan melayakkan pemegang bon berkongsi untung dengan pengeluar bon. Pengeluar dan pemegang bon boleh berkongsi ekuiti dalam syarikat Special Purpose Vehicle SPV. Kadar bahagian untung bagi perkongsian ekuiti tersebut ditentukan lebih awal dengan peratusan tertentu yang dipersetujui. Contohnya, sukuk mudarabah dan sukuk musyarakah.
Regional Health Information Organization (RHIO)Organisasi Maklumat Kesihatan Serantau (RHIO)Teknologi Maklumate-KesihatanKumpulan negara serantau yang berkongsi maklumat penjagaan kesihatan secara elektronik berdasarkan piawaian teknologi maklumat kesihatan (HIT) yang diiktiraf. Kumpulan ini berkongsi maklumat secara menyeluruh antara agensi kerajaan dengan swasta dalam sesebuah negara yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama komunikasi dan inovasi teknikal untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan serantau.
musyarakah mutanaqisah financingpembiayaan musyarakah mutanaqisahEkonomiEkonomi IslamPembiayaan yang melibatkan dua akad, iaitu akad musyarakah dan akad ijarah. Dalam akad musyarakah, pembiaya dan pelanggan berkongsi menyumbang modal mengikut peratusan tertentu. Contohnya, pembiaya dan pelanggan berkongsi membeli satu aset pada kadar 80% dan 20%. Aset tersebut merupakan milikan perkongsian antara pembiaya dengan pelanggan. Dalam kontrak ijarah pula, perkongsian tersebut menyewakan aset kepada pelanggan dan hasil sewanya dibahagi mengikut kadar syer. Namun demikian, pelanggan tidak mengambil hasil sewa bahagiannya sebaliknya digunakan untuk membeli syer pembiaya secara ansuran. Pelanggan juga boleh membuat bayaran tambahan untuk mempercepat proses pemilikan syer. Pada akhir perkongsian semua milikan akan berpindah kepada pelanggan.
collaborative intelligence toolsalat kecerdasan kolaboratifTeknologi Maklumate-PembelajaranPerisian yang membolehkan analisis kolaborasi dilakukan terhadap sekumpulan pengguna yang bekerjasama antara satu sama lain walaupun berada di lokasi yang berbeza. Dalam konteks e-pembelajaran, analisis dilakukan terhadap cara pelajar dan/atau pengajar menyelesaikan masalah dengan berkomunikasi antara satu sama lain, bersidang video, berkongsi dokumen, berkongsi paparan komputer dan lain-lain. Ciri analitik ini menggunakan teknik kecerdasan buatan seperti multiagen dan pengecaman pola.
sharingberkongsiKimiaTiadaTiada
shared povertykemiskinan berkongsiKependudukanTiadaTiada
gain sharing planrancangan berkongsi labaPentadbiranTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas