Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kor.ban] | برقربان

Definisi : 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kor.ban] | برقربان

Definisi : 1 memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2 memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
korban (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penyembelihan: pemberian, penyerahan,

2. Bersinonim dengan sasaran: mangsa

3. Bersinonim dengan pujaan: persembahan kepada dewa

Kata Terbitan : berkorban, mengorbankan, terkorban, pengorbanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prismaticprismatikKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi makna atau pengertian dua lapis. Makna pada lapis pertama lebih jelas manakala makna lapis kedua lebih luas dan mendalam. Contohnya, puisi "Perempuan Malang" karya Usman Awang yang menggunakan perkataan 'ibuku' yang bermaksud 'tanah air'. Puisi ini memberi gambaran bahawa ibu itu telah lama berjasa kepada penyair. Dengan itu penyair amat mencintainya dan sanggup berkorban untuk menjaga keselamatannya. Gambaran demikian adalah makna pada lapis pertama. Makna lapis keduanya boleh dihubungkan dengan pernyataan kecintaan penyair terhadap tanah air atau negaranya.
concept testingpengujian konsepKomunikasiKorporatKaedah kajian khalayak untuk menilai strategi kreatif sesuatu konsep pengiklanan. Penyediaan sesuatu kempen pengiklanan memerlukan konsep yang bukan sahaja bersesuaian dengan imej syarikat yang menghasilkan barangan tetapi perlu bersesuaian dengan penerimaan khalayak sasaran iklan semasa. Kaedah ini mengandaikan sekiranya terdapat keserasian konsep antara barangan dengan penerimaan khalayak, maka hasil keberkesanan iklan adalah tinggi. Oleh itu, ujian ini dianggap kritikal dalam proses pengiklanan. Contohnya, iklan penjenamaan imej syarikat petroleum semasa musim perayaan. Syarikat ini diuar-uarkan sebagai syarikat yang mesra keluarga semasa masyarakat sedang memperkatakan tentang isu ibu bapa tunggal. Pihak pengiklan menggunakan isu ini untuk menarik perhatian khalayak dengan melambangkan seorang ibu yang terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk mewujudkan kemeriahan sambutan hari raya. Melalui iklan ini, ditonjolkan autoriti penjaga, kesepaduan hubungan adik-beradik, kesediaan memikul tanggung-jawab, hormat kepada ibu dan orang dewasa, berkorban untuk keluarga, serta berusaha dan bekerja keras untuk mencapai matlamat. Dalam hal ini, terdapat kesepaduan konsep antara syarikat pengeluar barangan dengan persekitaran pengguna. Namun untuk memastikan konsep iklan ini diterima oleh khalayak, maka pengujian beberapa konsep dilakukan terlebih dahulu sebelum satu konsep akhir dijelmakan secara kreatif dalam iklan yang diterbitkan dan disiarkan.

Kembali ke atas