Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.da] | برکودا

Definisi : 1. mempunyai kuda; 2. = menguda ark menaiki (mengenderai) kuda; pasukan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.da] | برکودا

Definisi : menggunakan kuda; menunggang kuda: pasukan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkuda

Puisi
 

Seorang berkuda seorang berlembu,
     Takkan sama dengan tapaknya;
Tuan sutera saya belacu,
     Takkan sama dengan coraknya.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Yang berkuda biar berkuda, Untung kuda dapat berbaris; Orang menduda biar menduda, Untung duda dapat gadis,Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Saya berkuda tuan berkuda, Sama berjalan di tanah rata; Tuan mengenang saya bercinta, Sama-sama menahan rasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Seorang berkuda seorang berlembu, Takkan sama dengan tapaknya; Tuan sutera saya belacu, Takkan sama dengan coraknya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang berkuda lalu dipacu, Pacu oleh budak-budak; Mahal sutera beli belacu, Tampal-tampal berkain juga.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tuan berkuda saya berunta, Sama kita berjalan kaki; Tuan mengenang saya bercinta, Sama kita menahan hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ramai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Raden Galuk meniti batang, Panji-panji turun berkuda; Dari jauh saya datang, Melangsung hajat tuanlah semua.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pandai mengalah meniti batang, Raja Panji turun berkuda; Demi jauh tuan datang, Menuntut janji dari semula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak ke seberang seberang saja, Saya tak mahu berkuda-kuda; Hendak seorang seorang saja, Saya tidak mahu berdua tiga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas