Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.ku] | برکوکو

Definisi : 1. mempunyai kuku; harimau ~ tajam; ~ belah berbelah dua kukunya (spt lembu, kerbau, dll); ~ satu (tunggal) mempunyai satu kuku (bkn kuda dll); 2. ki berkuasa, berkukuh: tentera Jepun telah ~ hampir empat tahun di Semenanjung Tanah Melayu; tidak ~ ki tidak berkuasa (berpengaruh); ~ besi ki bersikap (bersifat, berlaku) kejam atau terlalu keras (terhadap rakyat dll); belum ~ hendak menggaruk (mencubit) = belum bergigi sudah hendak menggigit prb belum berkuasa sudah hendak menegur-negur (memerintah dll) orang; diberi ~ hendak mencengkam prb diberi kuasa sedikit sudah hendak menindas (menganiaya) orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.ku] | برکوکو

Definisi : berbunyi (bkn burung balam, tekukur dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkuku

Peribahasa

Diberi berkuku hendak mencengkam.

Bermaksud :

Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan(perkataan yang telah silap). (a) Rambut pengantin perempuan itu disanggul (keras) supaya kelihatan rapi. (b) Datuk dimasukkan ke hospital kerana sakit (keras) akibat penyakit tekanan darah tinggi. (c) Burung terkukur itu (berkuku) sepanjang hari. (d) Petani itu menggunakan (berkuku) kambing untuk menanam anak padi.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015

Kembali ke atas