Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.ku] | برکوکو

Definisi : 1. mempunyai kuku; harimau ~ tajam; ~ belah berbelah dua kukunya (spt lembu, kerbau, dll); ~ satu (tunggal) mempunyai satu kuku (bkn kuda dll); 2. ki berkuasa, berkukuh: tentera Jepun telah ~ hampir empat tahun di Semenanjung Tanah Melayu; tidak ~ ki tidak berkuasa (berpengaruh); ~ besi ki bersikap (bersifat, berlaku) kejam atau terlalu keras (terhadap rakyat dll); belum ~ hendak menggaruk (mencubit) = belum bergigi sudah hendak menggigit prb belum berkuasa sudah hendak menegur-negur (memerintah dll) orang; diberi ~ hendak mencengkam prb diberi kuasa sedikit sudah hendak menindas (menganiaya) orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.ku] | برکوکو

Definisi : berbunyi (bkn burung balam, tekukur dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkuku

Peribahasa

Diberi berkuku hendak mencengkam.

Bermaksud :

Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
claw and ball footkaki perabot berkukuKesenianTiadaUkiran kaki burung atau binatang yang memegang bola yang terdapat pada kaki perabot atau kerusi. Kaki perabot berkuku ini terkenal pada abad ke-18.
claw and ball footkaki perabot berkukuSeni BinaTiadaUkiran kaki burung atau binatang yang memegang bola yang terdapat pada kaki perabot atau kerusi. Kaki perabot berkuku ini terkenal pada abad ke-18.
ذوالمخلفberkuku (burung)Agama IslamFiqhBurung ganas yang mempunyai kuku yang mencengkam.
sumbisumbiKesenianTiadaBahagian kepala kek yang berupa sebilah kayu nibung yang berkuku di kedua-dua hujungnya dan di bahagian tengahnya bergelung tali untuk disangkutkan pada bahagian tengah lerang kain. Digunakan untuk menegangkan lerang kain semasa menenun.
kayu pesakayu pesaKesenianTiadaBahagian pesa yang terdiri daripada sebatang kayu segi empat melintang di atas tiang pesa. Sanding bahagian yang menjadi tempat mengguling tenunan diraut supaya tidak tajam dan salah satu bahagian mukanya berlurah dan berkuku tempat menyangkutkan punca kain.
hammertukulPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat pengetuk yang kepalanya diperbuat daripada keluli keras dan hulunya daripada plastik atau kayu. Tukul digunakan untuk mengetuk dan membenamkan paku ke permukaan benda dalam kerja kayu. Ada dua jenis tukul, iaitu tukul, iaitu tukul kuku dan tukul bonggol baji Warrington. Tukul kuku mempunyai bahagian berkuku bagi mengeluarkan paku dari benda kerja.

Kembali ke atas