Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.lat] | برکولت - کولت

Definisi : berlapuk, ditumbuhi kulat: ia berbaring di atas tilam jerami lapuk yg telah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.lat] | برکولت - کولت

Definisi : ditumbuhi kulat; berlapuk: Roti itu sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkulat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blastomycosisblastomikosisPerubatanTiadaJangkitan berkulat yang menjangkiti kulit, paru-paru atau bahagian tubuh lain yang disebabkan oleh kulat daripada genus Blastomyces.
broken pawned itembarang gadaian rosakEkonomiEkonomi IslamBarang yang tidak sempurna yang dijadikan barang gadaian. Contohnya, gelang emas yang patah, beras yang berkulat dan rumah yang roboh. Barang yang telah rosak tidak boleh diterima sebagai barang gadaian kerana dikhuatiri tidak dapat dijual untuk melunaskan hutang. Sekiranya barang gadaian dirosakkan secara sengaja, orang yang merosakkannya dikehendaki membayar ganti rugi. Sebaliknya jika kerosakan berlaku dengan sendirinya, penggadai dikehendaki menggantikannya dengan barang gadaian yang baru.
forest sanitationkebersihan hutanPerhutananPengurusan HutanKeadaan kawasan hutan yang dijaga dengan mengeluarkan atau membuang pokok yang telah mati atau rosak akbat kebakaran dan penyakit berkulat. sanitasi hutan.
diarrheadiareaVeterinarTiadaKeadaan pengeluaran najis cair dan berterusan yang boleh disebabkan oleh kesilapan pemakanan, pengurusan, persekitaran, tekanan dan jangkitan bakteria atau virus. Pertukaran diet secara mendadak atau pemberian makanan yang kurang sesuai seperti makanan berkulat, tengik atau basi juga boleh menyebabkan keadaan ini. Keadaan yang berterusan boleh menyebabkan gangguan pada proses pencernaan dan penyerapan serta kehilangan cecair tubuh yang dikenali penyahhidratan. Sinonim berak cair.
toxic compoundsebatian toksikVeterinarTiadaSebatian yang boleh menyebabkan keracunan dan penyakit metabolik pada ternakan. Terdapat tiga golongan sebatian toksik iaitu yang sedia wujud dalam makanan, yang tercemar semasa pemprosesan atau akibat daripada kesilapan pemberian makanan. Contoh golongan sebatian toksik yang wujud dalam makanan ialah kandungan kuprum yang tinggi dalam mil isirung kelapa sawit (PKC) dan kandungan hidrogen sianida dalam ubi kayu. Contoh golongan sebatian toksik yang tercemar semasa pemprosesan ialah aflatoksin daripada jagung berkulat dan pencemaran daripada pestisid dan dioksin. Manakala contoh golongan sebatian toksik akibat kesilapan pemberian makanan ialah pemberian vitamin larut lemak (A, D dan E), penambahan unsur-unsur surih seperti selenium dan molibdenum serta urea yang berlebihan dalam makanan.

Kembali ke atas