Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.lit] | برکوليت

Definisi : mempunyai kulit: pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis; ~ badak bp tidak bermalu, tidak berperasaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.lit] | برکوليت

Definisi : mempunyai kulit; ada kulitnya: Pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis. Buku yg dibawanya itu tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkulit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MULATO

Mulato ialah orang berketurunan campuran kulit

putih dan kulit hitam. Istilah mulato juga digunakan

terhadap orang yang mempunyai ibu atau bapa

yang seorang berkulit putih dan seorang berkulit

hitam. Anak daripada orang yang berkulit putih dan

orang mulato dinamakan quadroon. Mulato berbeza

dari segi rupa. Sesetengahnya mempunyai kulit

yang gelap dan rambut keriting dan sesetengahnya

tidak. Istilah kreol sering kali dikelirukan dengan

istilah mulato. Di Amerika Syarikat, kreol ialah orang

kulit putih daripada keturunan selatan Perancis atau

Sepanyol. Lihat juga Amerika Latin (Penduduk;

gambar).

UMUM 
ANKYLOSAURUS

Ankylosaurus ialah dinosaur berkulit keras

yang amat besar yang hidup antara 68 juta tahun

dengan 65 juta tahun dahulu, di barat Amerika

Utara kini. Nama ankylosaurus , bermakna cicak

bercantum , dan menggambarkan kulit kerasnya,

yang terdiri daripada kepingan bertulang yang

bercantum atau tumbuh bersama. Kulit keras ini

melindungi semua bahagian tubuhnya yang

terdedah, termasuk kepala, belakang dan ekor.

UMUM 
NEKTARIN

Nektarin ialah sejenis pic yang berkulit licin.

Nektarin biasanya berwarna kuning kemerahan

yang lebih pekat daripada pic, dan rasanya lebih

manis sedikit. Pic dan nektarin kedua-duanya

tergolong dalam spesies yang sama dan berasal

dari China kira-kira 2500 tahun yang lalu. Seperti

pic, nektarin, terutamanya ditanam di tempat yang

beriklim Mediterranean. Ia juga boleh ditanam

jauh ke utara di kawasan yang teduh. Di tanah yang

kurang subur, tanaman ini mungkin dicantumkan

dengan stok akar yang lebih tahan lasak seperti

kacukan pic/badam baka kacukan.

Pengelasan saintifik. Nektarin tergolong dalam

spesies pic Prunus persica . Ia adalah P. persica var .

nectarina .

Lihat juga Pic.

UMUM 
ANGGUR

Anggur ialah sejenis buah beri berkulit licin dan

berair yang tumbuh menjalar. Anggur tumbuh

dalam gugusan yang menghasilkan

enam hingga 300 beri. Beri ini mungkin hitam,

biru, keemasan, hijau, ungu, merah, atau putih,

bergantung pada jenis pokoknya. Lebih daripada

65 juta metrik tan anggur dituai setiap tahun di

seluruh dunia. Kira-kira 80 peratus jumlah

tanaman ini digunakan untuk membuat wain.

UMUM 
KHOIKHOIN

Khoikhoin ialah nama orang yang berkulit

kuning di selatan Afrika. Pada masa dahulu

orang ini dikenali sebagai Hottentot.

UMUM 
EKINODERMA

Ekinoderma ialah nama umum haiwan laut

tertentu yang berkulit tajam. Terdapat lebih

kurang 5000 jenis ekinoderma. Tapak sulaiman,

tapak sulaiman rapuh, bulu babi, landak laut dan

timun laut adalah antara jenis yang paling biasa.

UMUM 
MAORI

Maori ialah penduduk asli New Zealand. Mereka

ialah orang Polinesia yang bertubuh tinggi, tegap,

berkulit sawo matang dengan mata yang berwarna

perang serta rambut hitam yang ikal atau lurus.

UMUM 
KALABAS

Kalabas ialah sejenis labu yang tumbuh pada

pokok memanjat di kawasan tropika. Ia ditanam

untuk buahnya yang berkulit keras yang digunakan

untuk membuat botol air, paip, sudu alat muzik.

UMUM 
OSIRIS

Osiris ialah dewa kesuburan orang Mesir yang

menjadi ketua dewa alam ghaib. Dia biasanya

digambarkan sebagai mumia manusia yang

berjanggut dan berkulit hijau atau hitam. Dia

memegang tongkat gembala berkelok dan cemeti

serta memakai mahkota putih berbentuk kon dengan

bulu burung unta terselit di kedua-dua belah sisinya.

UMUM 
KACANG TANAH

Kacang tanah ialah spesies tumbuhan yang

ditanam untuk mendapatkan buahnya. Kacang

tanah merupakan jenis legum, iaitu ia

mengeluarkan bijian berkulit yang mengandungi

satu atau dua biji kacang di dalamnya.

UMUM 
12

Kembali ke atas