Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkunci 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1 : Masalah Mengenai Satu Kenyataan Ayat dalam Penggunaan Kata Hubung “Dan” dan “Atau” Saya mengalami kekeliruan dan mendapati bahawa terdapat masalah tatabahasa atau penggunaan kata hubung dalam beberrapa kenyataan ayat yang menggunakan penggunaan kata hubung “dan” dan “atau” digunakan secara serentak. Antara contoh yang telah saya temui dalam beberapa notis umum sebelum ini ialah: 1. Simpan harta benda anda yang berharga dan atau mudah alih di tempat yang berkunci dan atau bawa bersama 2. Elakkan berada/menggunakan laluan yang sunyi dan atau gelap Sekiranya pernyataan di atas salah, boleh saya mengetahui penjelasan kesalahan penggunaan kata hubung di atas dan apakah pembetulan yang sesuai yang wajar digunakan dalam ayat tersebut. Dan boleh terangkan lebih terperinci penggunaan kata hubung “dan” dan “atau” yang sesuai mengikut ayat tertentu. Diharapkan pihak tuan/puan dapat menjawab soalan yang diajukan Soalan 2: Apakah faktor yang menyebabkan kesalahan penggunaan tatabahasa penggunaan kata hubung di atas dan boleh jelaskan secara terperinci. Saya berminat untuk mengetahui masalah tersebut. Sekian terima kasih.Untuk makluman, kata hubung  "atau" ialah kata hubung yang bermaksud serupa (sama) dengan. Contohnya "askar atau tentera", "binatang atau haiwan", dan sebagainya. Maksud kedua "atau" ialah "salah satu antara hal". Manakala kata hubung "dan" ialah kata hubung yang menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat). Ini bermakna, kedua-dua kata hubung tersebut tidak boleh digandingkan serentak kerana fungsinya yang berbeza.Tatabahasa02.10.2016
Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat beberapa perkataan untuk diterjemahkan dalam bahasa Melayu 1. Moderated Content 2. Push Notification 3. Unlock - Selain Buka kunci apa lagi perkataan boleh digunakan 4. features - selain ciri-ciri perkataan lain yg boleh digunakan 5.Browse MembersCadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah:
1. Moderated Content - Kandungan Sederhana
2. Push Notification  - Pemberitahuan Automatik
3. Unlock - Tidak Berkunci
4. features - ciri-ciri
5.Browse Members - semak lewa ahli
Makna02.09.2020
slm sjtr. apakah perbezaan antara perkataan "tidak" dengan perkataan "tiada". dlm ayat atau gambaran macam mana perkataan ini digunakan. masalah yang sama dengan perkataan "baru" dengan "bharu"...... terima kasih atas pertolongan tuan.
  • Tidak bermaksud digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh;
  • Tiada bermaksud 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau bandingannya; dgn ~ tanpa;
  • Baru/Baharu sebagai kata sifat dalam penggunaan kereta baru/baharu;rumah baru/baharu.  Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini atau saya baru sampai.

     

    Tatabahasa20.03.2008

    Kembali ke atas