Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, apakah perbezaan semakin berkurang dan semakin berkurangan. Boleh pihak tuan terangkan cara penggunaannya? Terima Kasih.

Tidak ada perbezaan maksud antara semakin berkurang dengan semakin berkurangan dan kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa27.07.2011
Tuan tolong carikan gantian perkataan : adalah agak berkuranganAyat yang betul : Untuk makluman tuan, buat masa ini kedudukan kewangan Majlis agak kurang/berkurang/membimbangkan.Tatabahasa31.10.2007
Untuk makluman tuan, buat masa ini kedudukan kewangan Majlis adalah agak berkurangan.Ayat yang lebih sempurna : Untuk makluman tuan, buat masa ini kedudukan kewangan Majlis agak berkurang /kurang /merungsingkan/ membimbangkan.Tatabahasa31.10.2007
Salam sejahtera tuan/puan, Dilampirkan fail untuk rujukan tuan/puan. Terima kasih.Cadangan padanan bagi perkataan “overweight” ialah “berlebihan”, “underweight” pula “berkurangan” dan “trading buy” ialah “belian dagangan”. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks ayat.Penyemakan dan penterjemahan23.07.2020
Salam DBP, Saya Hussein Haekal, Pelajar Rekabentuk grafik, UiTM Puncak Alam. Saya merupakan pelajar akhir tahun dan sedang menjalani kajian tentang isu penggunaan bahasa melayu dan bahasa melayu klasik yang berkurangan. Saya harap pihak tuan/puan dapat membantu saya dalam untuk mengumpul data tentang kajian saya ini. Saya memerlukan orang yang boleh menjawab soalan2 tentang kajian, statistik penggunaan bahasa melayu dari beberapa tahun sebelum ini, dan kumpulan bahasa melayu dan bahasa melayu klasik. Saya harap pihak tuan/puan dapat membantu saya. Terima KasihSoalan yang dikemukakan terlalu umum dan berbentuk tugasan kuliah. Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta kekeliruan dalam tatabahasa. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pelajar IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Soalan sebegini di luar skop perkhidmatankami kerana ia  memerlukan pembacaan dan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran.Lain-lain22.05.2017
Bengkaknya juga sudah mula susut. Tuan, sesuaikah guna perkataan susut dalam ayat dia atas?Dalam Kamus Dewan susut sama maksudnya dengan surut, walau bagaimanapun lazimnya kita mengatakan "bengkaknya sudah mula surut", iaitu semakin berkurangan.Tatabahasa22.06.2012
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak DBP mengenai perkataan 'menurun'. Menurut PRPM, 'menurun' bersinonim dengan 1) menjunam: jatuh; 2) susut: berkurang; 3) berpindah kepada: mewarisi; 4) konteks bomoh - bersawai; Adakah salah jika saya menggunakan 'menurun' untuk menggambarkan kadar yang semakin berkurangan bagi penulisan bidang ekonomi/perniagaan/kewangan? Maklum balas daripada pihak Institut Terjemahan Negara mengatakan menurun tidak sesuai digunakan kerana lebih digunakan untuk konteks 'bomoh yang sedang menurun'.Untuk makluman perkataan menurun telah diterima dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan terbitan DBP (2001) sebagai padanan untuk istilah yang berikut:

1. declines - menurun (Pelaburan)
2. decline rate - kadar menurun (Ekonomi)
3. descending order - susunan menurun (Ekonomi)
4. descending power - kuasa menurun (Ekonomi)
5. falling market - pasaran menurun (Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan)

Berdasarkan contoh yang diberikan, DBP memang telah menerima istilah menurun dalam bidang ekonomi, perniagaan dan kewangan dan tidak terhad dalam konteks "bomoh yang sedang menurun".
Istilah29.08.2012
Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah Drop Point, Drop Zone dan Drop Off?Istilah "drop point" boleh diterjemahkan sebagai "takat titis" (bidang Kejuruteraan) manakala "drop zone" diterjemahkan sebagai "zon jatuh" (bidang Aeroangkasa) atau "zon jatuhan" (bidang Sukan). Kami mencadangkan istilah "drop off" diterjemahkan sebagai "merosot", "berkurangan" atau "serahan", bergantung pada konsep dan konteks penggunaan istilah tersebut.Istilah04.10.2020
Dalam Bahasa Malaysia ada tidak perkataan menyamaratakan. contoh: menyamaratakan taraf. Apakah perkataan yang boleh saya guna selain perkataan ini

Terdapat perkataan menyamaratakan dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut membawa maksud menjadikan atau menganggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain): Contoh ayat, Kamu menyamaratakan sahaja manusia lain dengan Wim.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, pada ruangan "Cari" tulis perkataan yang hendak dicari, seperti "padat", dan tuan akan memperoleh maksud daripada kamus dan istilah juga data daripada sumber yang lain.

Tatabahasa01.06.2017
Salam sejahtera tuan. Saya ada beberapa pertanyaan. Adakah ayat-ayat berikut betul? Terima kasih. 1. Murid-murid yang ingin menimba ilmu haruslah banyak membaca bahan-bahan ilmiah secara konsisten. Adakah ayat ini betul? Terima kasih. Adalah penggunaan dua kata ganda tidak tidak dibenarkan dalam satu ayat? 2. Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja mengecat bangunan sekolah akan dimulakan pada cuti penggal yang akan datang. 3. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. 4. Adik makan dengan seleranya sehingga perutnya kembung. 5. Ilmu yang kita cari sekian lama akan berkurangan sekiranya ilmu tersebut bukan kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. 6. Ketua sindiket itu telah dijatuhi oleh hakim hukuman gantung sampai mati. 7. Abang menjangkakan perniagaan itu akan bertambah maju dalam jangka masa pendek.

1. Ayat nombor 1 betul kerana dua kata ganda boleh digunakan dalam satu ayat.
2. Ayat nombor 2 betul
3. Ayat nombor 3 betul
4. Adik makan dengan berselera sehingga perutnya kembung.
5. Ilmu yang kita cari sekian lama akan berkurangan sekiranya tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.
6. Ketua sindiket itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim.
7. Ayat nombor 7 betul

Tatabahasa04.07.2021
12

Kembali ke atas