Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.rap] | برکورڤ

Definisi : 1. mendapat (menghidap) penyakit kurap; 2. ki cacat, buruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkurap

Juga ditemukan dalam:


Pantun

PantunSumberTema
Hilir berderap mudik berderap, Patah galah haluan perahu; Bini berkurap laki berkurap, Penat tangan kaki bergaru.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Perahu Arab berjaja malau, Singgah ke Daik membeli Iada; Bahu berkurap dada berpanau, Nasibnya baik berlaki buta.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hari gelap hati pun risau, Duduk diam masuk kelambu; Laki berkurap bini berpanau, Siang malam duduk bergaru.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman lampau semuanya akrab, Sarna sekampung bertegur sapa; Badan berpanau dada berkurap. Di mana mencangkung bergaru saja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh teruk sakit merayap, Merayap siang sampailah malam; Sungguh elok kulit berkurap, Kurap dipandang bagai disulam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Elok menebang batang terap, Kulitnya dapat pengikat tangga; Elok memandang orang berkurap, Kulitnya bagai kelopak bunga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buluh betung tumbang berderap, Patah berderap bunyi menderu; Sungguh beruntung orang berkurap, Petah bercakap sambil menggaru.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Besarlah buah batang terap, Dipepak ringan di api layu; Besarlah tuah orang berkurap, Penat tangan kaki bergaru.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Waktu hujan awan pun gelap, Suntuk langkah dada pun kemak; Mahu berjalan badan berkurap, Duduk di rumah mentua galak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ada malangnya membeli pelita, Hari gelap dinyalakan sumbu; Ada untungnya berbini buta, Laki berkurap dia tak tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas