Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kur.sus] | برکورسوس

Definisi : mengikuti (mengambil bahagian dlm) kursus; ~ kpd bp belajar (berguru) kpd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kur.sus] | برکورسوس

Definisi : mengikuti kursus; mengambil bahagian dlm kursus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kursus (kata nama)
Bersinonim dengan pelajaran, latihan;,
Kata Terbitan : berkursus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"balik daripada berkursus di Langkawi" betul? daripada atau dari yg lebih tepat?

Saudara Khor Wooi Teck,

Yang lebih tepat ialah 'balik berkursus di Langkawi'.

Tatabahasa19.04.2010
Alina baharu sahaja balik daripada berkursus di Langkawi dan dia mendapat banyak pengalaman di sana. bolehkah tolong saya cari satu kesalahan tatabahasa dan satu kesalahan penggunaan istilah atau kata dalam ayat di atas?...Alina baharu sahaja balik daripada berkursus di Langkawi dan dia mendapat banyak pengalaman di sana. - ayat ini betulTatabahasa19.04.2010
sebagai guru saya diajar (semasa berkursus) dan mengajar anak murid saya kata ganti nama diri ia hanya untuk menggantikan manusia, tetapi dalam berita ia digunakan untuk menggantikan semua perkara di dunia ini. Mengapa kita tidak ada kata yang sepakat dalam hal ini? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Walau bagaimanapun, kata ia tidak boleh merujuk kepada binatang.Tatabahasa07.04.2012
adakah perkataan "skin" (bermaksud kulit) dalam bahasa inggeris telah dipinjam ke dalam bahasa Melayu? seorang guru yang berkursus telah memaklumkan bahawa perkataan "skin" telah digunakan dalam bahasa Melayu (perolehan daripada sumber DBP).Untuk makluman, perkataan bahasa Inggeris "skin" tidak pernah dipinjam ke dalam bahasa Melayu. Istilah bahasa Melayu untuk "skin" ialah kulit.Istilah11.10.2013
Apakah perbezaan antara kursus, seminar dan bengkel?Kursus biasa nya melibatkan sesi ceramah dan latihan samada dalam atau luar tempat berkursus.Seminar diadakan dalam dewan dan melibatkan pembentangan kertas oleh pembentang yang terdiri dari mereka yang pakar dalam bidang berkenaan.Manakala bengkel biasanya melibatkan perbincangan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan iaitu bengkel kerja.Lain-lain18.01.2008
Saya ingin bertanya penggunaan "Saya yang menjalankan tugas" dalam surat rasmi pada bahagian akuan diri sebelum tandatangan. Menurut seorang Munsyi Dewan semasa saya berkursus penulisan surat rasmi beliau menjelaskan "Saya yang menjalankan tugas" hanya digunakan oleb Ketua Setiausaha Negara sahaja. Namun kemunsyikilan saya dalam buku teks kelas Peralihan terdapat satu surat rasmi yang tulis oleh murid menggunakan "Saya yang menjalankan tugas". Mohon pihak tuan dapat memberi penjelasan tentang perkara ini supaya saya tidak mengajar perkara yang salah pada murid-murid saya. Terima kasih.Lazimnya penggunaan rasmi dalam kalangan penjawat awam ialah "Saya Yang Menurut Perintah". Walau bagaimanapun frasa "Saya Yang Menjalankan Tugas" banyak digunakan dalam buku/edaran tentang penulisan surat rasmi. Oleh hal yang demikian, jika ada organisasi yang menggunakan frasa tersebut dalam surat, bukanlah suatu kesalahan.Tatabahasa19.09.2015
1. Apa istilah yang sesuai bagi rumah yang lengkap dengan perabut dan diberi sewa sehari atau 2 hari kepada pelanggan yang hendak menginap atas tujuan untuk berehat,berkursus dan sebagainya . 2. Biasa orang guna istilah "Homestay" tetapi ada larangan dari pihak tertentu tentang penggunaan istilah tersebut. Homestay biasa digunakan rumah2 penginapan untuk pelancong.Padanan yang sesuai ialah rumah inap.Penyemakan dan penterjemahan09.08.2017
Awin Counsel Jan 29th, 11:33am Assalamualaikum tuan puan..sy nak tnye talian 03-21479109/08/10 ade ke x? Sy call dr semalam tak berangkat..mohonn berkerja dgn telus laUntuk makluman tuan, setiap panggilan akan dijawab melainkan jika pegawai berkenaan tidak berada di tempatnya seperti bertugas di luar, mesyuarat dan berkursus.Lain-lain29.12.2014
Awin Counsel Jan 29th, 11:30am Assalamualaikum tuan puan..sy nak tnye talian 03-21479109/08/10 ade ke x? Sy call dr semalam tak berangkat..mohonn berkerja dgn telus laUntuk makluman tuan, kami tidak akan membiarkan talian tidak berjawab melainkan pegawai berkenaan tidak berada di tempatnya seperti bertugas di luar, mesyuarat dan berkursus.Lain-lain29.01.2015
Mohon cadangan pihak DBP untuk penjenamaan semula nama unit yang lebih sesuai seperti berikut: Unit Tadbiran Akademik dan Pengeluaran -tadbiran akademik : menguruskan bahagian kursus jangka pendek -pengeluaran : menyediakan keperluan mengajar seperti fail kursus. Mencetak nota pembelajaran (percetakan). Mohon cadangan nama yang lebih bersesuaian. Terima kasih.Pada pandangan kami Unit Pentadbiran Akademik boleh digunakan. Unit tersebut bertanggungjawab menyelenggara segal yang berkaitan dengan pentadbiran akademik termasuklah menyediakan keperluan berkursus.Tatabahasa19.12.2013
12

Kembali ke atas