Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.tub] | برقطب

Definisi : ada kutubnya (bkn sel dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkutub


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Lambert chemical analysisanalisis kimia LambertKejuruteraanKejuruteraan KimiaAnalisis yang digunakan dengan meluas dalam teori pekali virial untuk menganalisis gas berkutub atau campuran gas berkutub. Bagi gas berkutub, daya antara molekul gas tersebut boleh dipecahkan kepada dua, iaitu daya antara molekul normal yang terdapat di antara molekul tak berkutub dan daya gabungan kimia yang menyebabkan pembentukan spesies baru. Dengan ini, bagi keadaan ketumpatan sederhana, sifat pekali virial boleh dipecahkan kepada dua komponen, iaitu komponen normal atau fizikal (komponen tak berkutub) dan komponen pemalar keseimbangan pendimeran (komponen berkutub). Misalnya, bagi pekali virial kedua B = B tak berkutub + B berkutub.
normal fluidbendalir normalKejuruteraanKejuruteraan KimiaGas, wap, atau cecair yang tak berkutub dan berkutub rendah yang tidak bergabung secara kuat, iaitu melalui rantai hidrogen sahaja. Sifat struktur bendalir ini boleh dianggarkan oleh mekanik klasik, dan tidak memerlukan anggaran oleh mekanik kuantum atau mekanik statistik.
polar solventpelarut berkutubKimiaTiadaPelarut yang mempunyai momen dwikutub yang tinggi. Pelarut berkutub merupakan pelarut yang baik bagi zat pelarut berion dan berkutub, seperti kebanyakan garam dan gula, tetapi merupakan pelarut yang kurang baik bagi zat terlarut kovalen yang tak berkutub, seperti lilin parafin dan jeli petroleum. Misalnya, air.
Redlich-Kwong equationpersamaan Redlich-KwongKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan kuasa tiga yang disarankan untuk menjelaskan sifat PVT molekul tak berkutub dan berkutub rendah yang diungkapkan sebagai a = 0.42748R2 Tc2.5 / Pc (cm3 / mol), b = 0.08664RTc / Pc (cm6bar . mol-2 K1/2), dengan P = tekanan (Pa), T = suhu (K), V = isi padu (mol/cm3), R = pemalar gas semesta.
micellemiselKejuruteraanPolimerAgregat zarah koloid yang mempunyai bahagian berkutub dan tak berkutub.
homomorph of polar moleculehomomorf molekul berkutubKejuruteraanKejuruteraan KimiaMolekul tak berkutub yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama dengan sesuatu molekul berkutub yang hendak ditentukan homomorfnya.
de Bruyne ruleaturan de BruyneKejuruteraanPolimerAturan panduan yang lazim, yang menyatakan bahawa perekat berkutub tidak akan mempunyai tegangan permukaan yang kurang daripada tegangan permukaan genting bahan merekat tak berkutub. Dengan ini, perekatan yang kuat hanya diperoleh jika perekat berkutub merekatkan bahan merekat yang berkutub sahaja.
micellemiselMakanan dan PemakananTeknologi MakananAgregat bahan aktif permukaan atau zarah kecil koloid seperti kanji, selulosa atau butir kasein yang mempunyai bahagian berkutub dan tak berkutub.
polar solventpelarut berkutubHerbaFitokimiaBahan pelarut yang mempunyai momen dwikutub yang tinggi kerana mengandungi kumpulan penarik elektron seperti hidroksil, amino, keton, karboksil dan siano, atau atom penarik elektron seperti klorin, oksigen dan nitrogen. Pelarut ini digunakan untuk melarutkan bahan yang berkutub dan tidak larut di dalam pelarut tak berkutub. Contoh pelarut ini termasuk metanol, etanol, etil asetat, aseton, asetonitril dan kloroform. Banding pelarut tak berkutub.
polarized developmentpembangunan berkutubSosiologiTiadaPembangunan berkutub: Bentuk pembangunan yang bertumpu di pusat pembangunan.
12345678910...

Kembali ke atas