Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.buh] | برلابوه

Definisi : 1. tergantung atau panjang ke bawah (bkn tirai, kelambu, dll); 2. berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu, dll): setelah kapal itu ~, maka segala nelayan sekaliannya datang berjual ikan pd orang kapal itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.buh] | برلابوه

Definisi : 1 tergantung ke bawah (bkn kelambu, tirai dsb): Tirai ~. 2 berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu dsb): Kerana angin kencang, kapal itu terpaksa ~ di sebuah pulau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labuh (adjektif)
Kata Terbitan : berlabuh, melabuhkan, pelabuhan,
Rujuk :panjang

Puisi
 

Sampan berlabuh di tepi teluk,
     Hendak belayar Kuala Daik;
Santan dimakan kalau mabuk,
     Tentu bercampur barang tak baik.


Lihat selanjutnya...(23)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPAL BAGUR PENJARA

Kapal bagur penjara ialah kapal yang

digunakan untuk menempatkan banduan Inggeris.

Kapal-kapal ini berlabuh di Sungai Thames dan di

pelabuhan tentera laut di selatan England.

UMUM 
SAVANNAH

Savannah ialah kapal stim pertama yang

merentasi Lautan Atlantik. Savannah belayar dari

Savannah, Georgia, Amerika Syarikat pada 22 Mei

1819, dan berlabuh di Liverpool, England pada 20

Jun 1819. Ia belayar dengan menggunakan kuasa

stim selama antara 80 jam dan 105 jam. Layar

digunakan pada waktu yang selebihnya.

Lihat juga Kapal (Kapal stim di lautan).

UMUM 
PERJANJIAN MAYFLOWER

Perjanjian Mayflower ialah perjanjian pertama

bagi pemerintahan sendiri yang dikuatkuasakan di

Amerika. Pada 21 November 1620 (tarikh pada masa

itu 11 November), kapal Mayflower berlabuh di

Cape Cod , Massachusetts .

UMUM 
TELUK MANILA

Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya

Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke

barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat

Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65

kilometer panjang dan 55 kilometer lebar.

Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar

berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan

Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan

terletak di muara Teluk Manila. Beberapa

peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II

(1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh

tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa

Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada

Amerika di bawah pimpinan Komander George

Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam

peperangan di muara Teluk Manila.

Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan.

UMUM 
SUVA

Suva (pend. 71 608), ibu negeri dan bandar

terbesar di Fiji, sebuah negara yang terdiri

daripada gugusan kepulauan berjumlah lebih 800

buah pulau di Lautan Pasifik Selatan. Bandar Suva

terletak di bahagian tenggara pantai pulau Viti

Levu, pulau terbesar di Fiji. Untuk lokasi, lihat Fiji

(peta). Suva ialah pelabuhan utama dan pusat

perdagangan terpenting Fiji. Kapal berlabuh di

Suva mengambil muatan kelapa kering dan buah-buahan

tropika. Kapal-kapal pelancongan juga

singgah di pelabuhan ini. Kilang-kilang di Suva

menapis gula, serta menghasilkan minyak kelapa,

pakaian dan sabun. Muzium Fiji terletak di Taman

Botani. University of the South Pacific juga terletak

di Suva. Lihat juga Fiji (gambar).

UMUM 
SKAGERRAK

Skagerrak ialah sebuah cabang Laut Utara.

Skagerrak membahagikan Norway dan Sweden

di utara dan memisahkan kedua-dua negara ini

daripada Denmark di selatan. Nama ini sering kali

dieja sebagai Skager-Rak atau Skagerrack.

Skagerrak ialah lebih kurang 209 kilometer

panjang. Cabang ini penting kerana

menyambungkan Laut Utara dengan Kattegat. Dua

selat terbentuk di pintu masuk Laut Baltik. Di

sepanjang pantai Jutland, tidak terdapat pelabuhan

yang sesuai untuk kapal berlabuh kerana pantai ini

dipenuhi tebing pasir yang berbahaya. Tetapi di

sepanjang Norway, 130 kilometer jauhnya dari situ,

terdapat banyak pelabuhan yang baik. Untuk lokasi,

lihat Eropah (peta).

UMUM 
SISTEM BENUA

Sistem benua, merupakan usaha menahan

perdagangan United Kingdom dengan Negara-negara

Eropah yang lain pada awal tahun 1800-an.

Napoleon I Perancis menerimanya sebagai cara

perang ekonomi menentang United Kingdom.

Napoleon memulakan sistem ini melalui Dekri

Berlin pada 21 November 1806 yang

mengisytiharkan United Kingdom sebagai sebuah

negara yang dikenakan sekatan. Sekatan ini

diperluaskan melalui Dekri Milan 1807 kepada

kapal berkecuali yang berlabuh di United

Kingdom. Napoleon bertempur dalam Perang

Semenanjung dalam usaha sia-sianya

menguatkuasakan sistem itu. Namun tindakannya

itu membuktikan faktor utama yang menyebabkan

Rusia kehilangan sekutunya. Lihat Napoleon I

(Kejatuhan kuasanya).

UMUM 
JARATAN

JARATAN, kota pelabuhan di Jawa Timur pada abad ke-17.  Jaratan merupakan pelabuhan kedua penting selepas Gresik.  Pelabuhan  Jaratan mempunyai dermaga dan bengkel membaiki kapal.  Kapal yang berat muatannya antara 40 tan hingga 100 tan dapat berlabuh di sini. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KAMUS BAHASA MELAYU-EROPAH PERTAMA

KAMUS BAHASA MELAYU-EROPAH PERTAMA, kamus yang disusun oleh Antonio Pigafetta, bangsawan Itali yang menyertai rombongan perdagangan Sepanyol di bawah pimpinan Fernando Magalhães. Setelah belayar selama tujuh belas bulan melewati Lautan Atlantik, Amerika Selatan dan Lautan Pasifik, rombongan  Sepanyol itu berlabuh di Nusantara di Pulau Samar, Filipina) pada bulan Mac 1521. Sememangnya pada zaman itu bahasa Melayu sudah pun berfungsi sebagai bahasa pengantara se-Nusantara termasuk hujung Filipina Timur. Hal ini dapat diketahui apabila hamba peribadi Magalhães, seorang Sumatera yang mengikuti pelayaran Sepanyol itu, dapat berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Selama sembilan bulan rombongan Sepanyol itu mengunjungi beberapa buah bandar dan pulau di Filipina, Brunei dan Maluku, dan ke mana sahaja mereka belayar bahasa Melayu dituturkan.

BAHASAPenerbitan
PATANI

PATANI, sebuah negeri di bawah Kesultanan Melayu Patani, di selatan Thailand pada pertengahan abad ke-15.  Patani terletak di kawasan tepi pantai Laut China Selatan. Tanjung Patani digunakan sebagai tempat kapal perdagangan berlabuh pada musim monsun, sementara Sungai Patani ialah jalan perhubungan utama.  Majoriti penduduk Patani terdiri daripada orang Melayu beragama Islam, manakala orang Siam dan Cina adalah penduduk minoriti.  Selain golongan bangsawan dan golongan pemerintah, kebanyakan orang Melayu adalah petani dan nelayan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12

Kembali ke atas