Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.buh] | برلابوه

Definisi : 1. tergantung atau panjang ke bawah (bkn tirai, kelambu, dll); 2. berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu, dll): setelah kapal itu ~, maka segala nelayan sekaliannya datang berjual ikan pd orang kapal itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.buh] | برلابوه

Definisi : 1 tergantung ke bawah (bkn kelambu, tirai dsb): Tirai ~. 2 berhenti atau singgah (bkn kapal, perahu dsb): Kerana angin kencang, kapal itu terpaksa ~ di sebuah pulau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labuh (adjektif)
Kata Terbitan : berlabuh, melabuhkan, pelabuhan,
Rujuk :panjang

Puisi
 

Sampan berlabuh di tepi teluk,
     Hendak belayar Kuala Daik;
Santan dimakan kalau mabuk,
     Tentu bercampur barang tak baik.


Lihat selanjutnya...(23)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang.
Kurik Kundi Merah SagaSampan berlabuh di tepi teluk, Hendak belayar Kuala Daik; Santan dimakan kalau mabuk, Tentu bercampur barang tak baik.
Kurik Kundi Merah SagaKapal berlabuh di Kuala Sepetang, Membawa dagang ke luar negeri; Kerana hari telah petang, Mohon izin mengundur diri.
Kurik Kundi Merah SagaSinggah berlabuh di Tanjung Jati, Nakhodanya pakai si baju merah; Berasa berkenan di dalam hati, Abang nak tegur takut dimarah.
Kurik Kundi Merah SagaSinggah berlabuh di Tanjung Jati, Nakhodanya pakai si baju merah; Berasa berkenan di dalam hati, Abang nak tegur takut dimarah.
Kurik Kundi Merah SagaKapal berlabuh di Tanjung Puri, Kapal bermuat si kayu manis; Bila terpandang cincin di jari, Sedih hati lalu menangis.
Kurik Kundi Merah SagaPagi-pagi kapal berlabuh, Singgah di Bentan membeli kopi; Bangun pagi sembahyang Subuh, Minta Tuhan tambahkan rezeki.
Kurik Kundi Merah SagaLayarkan biduk laju-laju, Berlabuh tentang ulak karang; Tinggalkan anak tentu-tentu, Jangan pengejut ayam orang.
Kurik Kundi Merah SagaTelur ayam labuhan kapal, Berlabuh turun ke sekoci; Bunga layu kebunlah tinggal, Kumbang mana menghimbau lagi.
Kurik Kundi Merah SagaWalau kencang bertiup angin, Kapal berlabuh akan terbalik; Biarlah karam di tengah lautan, Namun tidak berpatah balik.
123

Kembali ke atas