Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ga] | برلاݢ

Definisi : memegahkan (meninggi­kan) diri sendiri, takbur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ga] | برلاݢ

Definisi : 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh: maka kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta, pinggan mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas kedengaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ga] | برلاݢ

Definisi : 1 bersabung (bkn ayam, lembu dll); berkelahi: Pernahkah kamu melihat ayam ~ dgn puyuh? 2 berlanggaran atau berhantukan (bkn kereta, pinggan mangkuk dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laga
Kata Terbitan : berlaga, melagakan, melaga-lagakan, memperlagakan, perlagaan,

Puisi
 

Katak puru kerbau Perlis,
     Alah berlaga dengan gergasi;
Tempuh bahu nak bercakap tak boleh,
     Pandang mata terasa nak jadi.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tiada terlerai kerbau berlaga dengan janjang.

Bermaksud :

Tidak dapat menceraikan orang yang sedang berkasih sayang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salah satu takrif yang diberikan untuk 'si' dalam Kamus Dewan adalah kata yang bergabung dengan imbuhan ber- dan -an untuk menyatakan saling berbuat sesuatu. Contoh yang diberi adalah bersipadangan dengan maksud berpandang - pandangan. Bolehkah kata seperti 'bersilagapedangan' untuk maksud saling berlaga pedang digunakan dan adakah ia bertepatan dengan nahu Melayu?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat. Contoh bagi bersipandangan boleh digunakan kerana menggabungkan ber+si+pandang+an dengan kata dasarnya ialah pandang yang membawa maksud berpandang-pandangan manakala bersilagapedangan menggabungkan perkataan laga dan pedang. Maka tidak bertepatan dengan nahu Melayu.Tatabahasa13.10.2018
Apakah perbezaan perkataan-perkataan tersebut? Boleh berikan contoh ayat dan keterangan.Terima kasih. 1. a)berlanggar b)melanggar c)perlanggaran d)pelanggaran 2. a)binaan b) pembinaan 3. a)pertambahan b)penambahan 4. a)kedamaian b)pendamaian 5. a)budaya b)kebudayaanBerlanggar bermaksud berlaga, beradu, berantuk dan sebagainya; melanggar bermaksud merempuh, menyerang, menyerbu dan menyalahi undang-undang; perlanggaran bermaksud perihal berlanggar dan pelanggaran bermaksud perihal melanggar. Untuk mendapatkan keterangan dan contoh ayat, termasuklah untuk perkataan-perkataan yang lain, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang hendak dicari pada ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti kamus, istilah dan sebagainya. Data daripada kamus dapat membantu saudara mendapatkan keterangan perkataan dan contoh ayat yang digunakan.Tatabahasa05.04.2011
Tolong bantu saya untuk memastikan penggunaan perkataan bagi ayat-ayat berikut. Harap berikan penjelasan. Terima kasih. 1. Tok Wan (memotong/menebas) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan ( disemadikan /dimakamkan/dikuburkan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren/kek oren ). 9. rapuh/rangup/garing a) biskut yang __________. b) keropok yang ________. c) ikan yang digoreng sehingga ___________. 8. Kertas soalan ini disedia/disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak/disemakkan oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai.1. Tok Wan (memotong) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren). atau Kek Oren (nama kek) 9. a) biskut yang rangup. b) keropok yang rapuh/garing. c) ikan yang digoreng sehingga garing. 8. Kertas soalan ini disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai. - sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat kesesuaian pilihan perkataan yang diberi pada setiap soalan.Tatabahasa05.10.2008
Bolehkah "fighter" diterjemahkan sebagai petarung? Dalam tinju terdapat peninju. Dalam silat terdapat pesilat. Dalam gusti terdapat penggusti. Dalam pertarungan haruslah ada petarung, iaitu seseorang yang tidak tertumpu pada satu bentuk seni bela diri sahaja. Ahli bela diri pula tidak sesuai kerana mereka bukan membela diri tetapi bertarung.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'fighter' ialah pejuang yang bermaksud orang yang berjuang untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu manakala merujuk istilah sasar bagi tarung pula ialah berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, berbantah atau berdebat. Maka perkataan pejuang lebih sesuai digunakan bagi seseorang yang ingin merebut, mencapai atau mempertahankan sesuatu perkara atau benda.Makna01.12.2021

Kembali ke atas