Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ga/] | برلاݢق

Definisi : 1. berperasaan besar diri, bersikap angkuh: orang Wan Umar telah ~ sombong dgn kemewahan wang yg didapati drpd Kapitan Cina; ~ spt orang besar; 2. melakukan diri spt, berlaku spt: dia ~ tidak tahu; ~ bodoh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ga/] | برلاݢق

Definisi : 1 berkelakuan sombong; bersikap angkuh: Jangan engkau cuba hendak ~ di depan aku kerana aku tahu siapa engkau. 2 berkelakuan spt; bersikap seolah-olah: Dia ~ pandai tetapi apabila disoal, ia tidak tahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagak (kata nama)
Bersinonim dengan gaya, pembawaan, tingkah laku, kelakuan, perangai, aksi, lela;,
Kata Terbitan : berlagak, pelagak,

Peribahasa

Sumpit penuh tidak berisi.

Bermaksud :

Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "seolah-olah." Adakah kita perlu tambah atau tidak perkataan "seperti" selepas "seolah-olah"? Contohnya. 1) Dia berlagak seolah-olah seperti orang kaya. 2) Dia berlagak seolah-olah orang kaya. Yang mana satu betul? Ada seperti atau tanpa seperti?Seolah-olah bermaksud seakan-akan, selaku, seperti. Oleh itu, tidak perlu ada pengulangan perkataan "seperti" selepas perkataan "seolah-olah". 

Jawapan yang betul ialah "Dia berlagak seolah-olah orang kaya."
Lain-lain09.09.2020
Golongan pemimpin yang berlagak angkuh daripada kaum Nabi Syuaib berkata, “Wahai Syuaib! Kami pasti mengusirmu dan orang yang beriman bersamamu dari negeri kami, kecuali jika engkau kembali kepada agama kami”. Nabi Syuaib berkata, “Adakah kami hendak mengikut agama kamu walaupun kami membencinya?” bagi petikan tersebut adakah perlukan tanda noktah di luar tanda petik lagi: Golongan pemimpin yang berlagak angkuh daripada kaum Nabi Syuaib berkata, “Wahai Syuaib! Kami pasti mengusirmu dan orang yang beriman bersamamu dari negeri kami, kecuali jika engkau kembali kepada agama kami”. Nabi Syuaib berkata, “Adakah kami hendak mengikut agama kamu walaupun kami membencinya?”.Penggunaan tanda baca yang betul:

Golongan pemimpin yang berlagak angkuh daripada kaum Nabi Syuaib berkata, “Wahai Syuaib! Kami pasti mengusirmu dan orang yang beriman bersamamu dari negeri kami, kecuali jika engkau kembali kepada agama kami." Nabi Syuaib berkata, “Adakah kami hendak mengikut agama kamu walaupun kami membencinya?” 
Ejaan10.09.2020
1)Walaupun Ali pandai,dia tidak pernah berlagak.(Ayat ini kena tambah "tetapi" atau tidak perlu?) 2)Dia teringat (pada/akan) ibunya.(perkataan "pada" atau "akan" yang tepat?Atau dua-dua pun betul?)1) Walaupun Ali pandai,dia tidak pernah berlagak.
-sudah gramatis. Tidak perlu letak "tetapi'.

2)Dia teringat akan ibunya.

Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.

Tatabahasa07.09.2012
"Kakak" dalam dialog di bawah perlu dimulakan dengan huruf besar atau kecil?: “Baru sahaja sampai. Hei, mahu tengok gambar-gambar Kakak di Korea?” Kak Edora menunjukkan riak wajah berlagak.Ditulis dengan huruf kecil.Sastera29.03.2017
Salam, Kami di Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai masalah bagi menentukan penggunaan perkataan 'ialah', 'adalah' dan 'merupakan'. Diharap pihak DBP dapat membantu kami dalam menyelsaikan masalah kami. Saya harap, pihak DBP memberi penerangan beserta contoh. Sekian dari saya... Harap membantu

Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapa frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh:

1. Anak ialah anugerah Allah.

2. Kursus ini adalah untuk...

Maksud dan contoh kata "merupakan" :

1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

Tatabahasa13.11.2008
Bilakah kita menggunakan perkataan "pakai' dan 'guna'? dan perkataan 'sampai' dan 'hingga'? Apakah maksud dengan "...dia minggir diri tiga kali" Terima kasih

guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;
~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;
~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya;

pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja;

sampai I 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi;

hingga 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah);

Makna05.12.2007

Kembali ke atas