Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.gu] | برلاݢو

Definisi : berirama: suaranya berlagu-lagu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.gu] | برلاݢو

Definisi : 1 berirama; selaku bernyanyi: Suaranya ~. 2 bernyanyi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagu (kata nama)
1. Bersinonim dengan irama: nada, rentak, langgam, rani,

2. Bersinonim dengan nyanyian: senandung, dodoi, pengulit, qasidah, lala, halwa telinga,

Kata Terbitan : berlagu, melagukan, pelagu,

Puisi
 

Sayang Siti anak tuk bandar,
     Mengail todak umpannya sagu;
Kalau benci katakan benar,
     Jangan ditolak dengan berlagu.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIANG-DIANGANDIANG-DIANGAN, cerita rakyat Brunei yang dituturkan secara berlagu dari mulut ke mulut dengan diiringi pukulan gendang yang khusus. Cerita ini dituturkan dalam dialek bahasa Brunei yang diselang-seli dengan perkataan-perkataan Melayu Brunei lama. Diang-diangan berbeza bentuknya daripada hikayat dan syair, walaupun sering terdapat persamaan bunyi pada akhir kalimat yang tertentu. Diang-diangan hanya mementingkan kata-kata yang sesuai dan menarik untuk menghidupkan jalan cerita.SASTERAKarya
DIKIRDIKIR, satu upacara agama atau pengabdian diri kepada Tuhan yang diamalkan oleh kumpulan agama. Dikir berasal daripada istilah Arab, zik’r. Dikir atau zikir mempunyai beberapa maksud, iaitu doa atau puji-pujian kepada Allah yang diucapkan secara berlagu atau tidak atau dengan cara berulang-ulang; doa atau puji-pujian berlagu seperti dalam perayaan maulid Nabi, yang sering kali diiringi alat muzik seperti kompang atau rebana; dan lagu atau nyanyian berpantun secara beramai-ramai seperti dalam persembahan dikir barat.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
MADIHIN

MADIHIN, puisi yang disampaikan secara berlagu yang mengandungi unsur hiburan dan pendidikan. Madihin merupakan salah satu cabang kesenian daerah Banjar, Kalimantan Selatan, Indonesia. Madihin berasal daripada kata ‘madah’ yang bererti pesan atau nasihat. Dalam bahasa Banjar kata madahan digunakan dan lama-kelamaan sebutannya berubah menjadi madihin.

BUDAYAKarya
RANDAI

RANDAI, persembahan teater tradisi dengan gaya bercerita melalui tarian dan lakonan. Persembahan ini di paparkan melalui gaya bahasa berirama seperti gurindam, berdendang dan berlagu. Randai merupakan kreativiti yang menjadi tradisi kelompok Minang di Malaysia dan Indonesia, yang mengamalkan adat perpatih. Di Malaysia, randai terdapat di Negeri Sembilan dan Selangor. Persembahannya mirip gaya bahasa Minang loghat daerah di Negeri Sembilan.

BUDAYAKegiatan
RUNSAI

RUNSAI,  seni pentas suku kaum Bajau di daerah Papar, Kota Kinabalu, Tuaran dan Tempasuk di Sabah.  Seni pentas ini berupa berjual beli pantun secara berlagu antara pihak lelaki dengan pihak wanita, sambil bergerak dia tas pentas khas dengan memakai pakaian dan peralatan tradisional kaum Bajau.  Runsai atau berunsai sering dipersembahkan dalam majlis kesyukuran seperti baru mendapat anak yang dihajati, baru sembuh daripada sakit atau majlis pernikahan.

BUDAYAPerayaan/Upacara

Kembali ke atas